Selamat Hari Raya, 0-0 Yerrrr....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia





NotaTangan: Esok pagi naik bus,Laptop & Broadband pon balik kampung, kalau sempat leh la bw.. Doakan saya Selamat Pulang & Selamat Kembali.

Gaji Buta????

Assalamualaikum salam 1 Malaysia

Ape maksud gaji buta?? GAJI BUTA bermaksud datang keje goyang kaki tak buat pape kerja tapi gaji masyukkk… Ye saya memang makan gaji buta hari ni, saya takde mood nak buat kerja, tak nak buat pape hari ni, nak goyang kaki, sebab fikiran dah kat Kampung.. Orang kata kalau datang kerja tapi fikiran kat kampong kira makruh pergi kerja.. tapi ape boleh buat, bukan kehendak saya…hihihihihi…

Terima kasih untuk Cik Eyka


Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia


Malam ni saya nak berterima kasih pada Cik Eyka sebab sudi buat entry besday untuk saya…terharu plak rasa, heeeeeeeeeee… saya anggap tu hadiah Cik Eyka untuk saya..mekasih cik eyka, moga di murahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah..


Terima kasih gak pada teman-teman dan rakan sekerja yang wish besday serta yang bagi hadiah, moga anda semua sentiasa di rahmati Allah.









Nota Kaki: Umo saya tahun ni da 26 tahun

Hepy Besday To Me

Hepy Besday To Siti Hajar

26 Aug 2011

Nota kaki dengan perasaan tak malunye

:

Ini Bukan Satu Harapan, ini Satu Permintaan, Please wish me hepy besday coz today is my besday..hahhahahhhahhaaa

Saya da cukup umo, da boleh kahwin...heeeeeeeeeeeee

Sedang Menghitung Hari

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Lambatnya masa berlalu…..Da takde mood nak kerja, fikiran dah kat kampung.Sedang membilang hari untuk pulang ke kampung..

Hari ni RABU = BELUM

Esok KHAMIS = BELUM

Pastu JUMAAT = BELUM

Pastu SABTU = PON BELUM

Pastu AHAD = MASIH BELUM

Pastu ISNIN = √ YES BARU BALIK!!!!

Nampak tu masih jauh perjalanan…semuanya gara-gara amek tiket lambat,huhuhuhuhu, woooooooo tak sabar nak BALIK KAMPUNG!!!!!

Dia Dah Tinggalkan Saya..


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Hai apela nasib dia dah hilang melarikan diri. Nape awak sanggup tinggalkan saya disaat saya mula menyayangi awak..Sedang saya duk asyik mencuci akuarium tiba-tiba awak melompat masuk toilet bowl dan terus hilang….arghhhhhhhhhhhh stress tak dapat nak selamatkan awak……awak dah masuk ke alam baru… kenapala awak nakal sangat, moga awak selama di loji sana nanti..






Biar Papa Asal Bergaya


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Biar Papa Asal Bergaya… maaflah andai ada yang terasa atau tak puas hati dengan entry ini,tapi jujurnya saya cukup tak suka dengan pepatah ini. Apa maksud Biar Papa Asal Bergaya?? Ape yang saya faham, Biar duit takde nak makan pun asal dapat bergaya beli barang sampai tak ingat dunia?? Cam tu kerr?? Kea de maksud lain??


Bagi saya tak salah kalau kita tanam impian nak beli barang yang berjenama pun, sebab dengan tanam impian la kita akan terus berusaha, tapi biarla berpada-pada, ikut kemampuan sendiri. Takkanla shopping sampai papa kedana kot.. Ingatla pada yang lagi memerlukan, dari duk habiskan duit sampai takde duit nak makan, ade baiknya beri pada yang lebih memerlukan. Lagi-lagila nak raya ni, tak yahla nak amalkan pepatah tu, shopping biar berpada-pada OK…Sekian..



Untuk Tatapan….








5 Cara Membina Keyakinan diri

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


1. Jangan terlalu berfikir apa yang orang cakap

pasal kita sebab kadang-kadang orang tak cakap pape pun,

kita jerk yang nak pecah kepala fikir.


2. Kalau de orang kutuk pape kat kita buat tak peduli jek,

senyum, sebab dia kutuk kita pahala dia boleh kat kita,

sapa taknak pahala free kan, TABUNG masa depan tuuu…


3. Jangan cepat putus asa, tak ada manusia yang tak pernah

buat salah, semua orang pon pernah buat salah,

oleh itu jadikan setiap kesalahan itu sebagai pengajaran


4. Yakin dengan penampilan diri, biarla orang tak suka

dengan cara pemakaian kita pun asal kita selesa,

lainla kalau diorang nak belanja kita belikan pakaian baru..


5. Percaya setiap masalah pasti ada penyelesaiannya,

Allah itu adil, jangan cepat menyerah kalah,

kalau rasa tak dapat nak seleaikan sendiri,

tanya pendapat orang lain, jangan terlalu ego untuk bertanya.





Yeeaahhhhh hidup mesti diteruskan!!!!


NO~Bonus Raya


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Mereka kata tahun ni tak ada bonus raya..waaaaaaaaaaaa sedihnya saya, kena betui-betui berjimat cermat raya ni…tapi boleh kerrrrrrrrrrr……………..

{Nota Kaki: Saya mengharapkan satu kejutan di saat-saat akhir}






Librarian+Student


Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia

Ini kisah seorang Librarian dan seorang student. Seorang student datang berjumpa dengan Librarian dan terpandang gambar convocation Librarian tersebut di desktop lalu bertanya:


Student: Wahh Miss, ini gambar miss ke, dulu study kat mane?

Librarian: A’ah, dulu study kat UiTM.

Student: La habis tu kenapa miss kerja kat sini??

Librarian: (Terpaku sekejap, apa awak ingat kerja Librarian ni level SPM ker??)


MOOD: HAMPEH~~~


Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia & Salam Ramadhan & Salam Nuzul Quran








Onde~Onde


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi, tapi ntah-ntah rupa je nampak jadik.. rasanya belum tentu sedap…hihihi…Tapi takpela, sekurang-kurangnya dah mencubakan.. Kalau orang Kelantan panggil kueh ni Onde-Onde, Tapi tak tau negeri lain panggil kueh ape, sama ke idak namanya… Ingat nak wat warna pelangi, tapi tak cukup pewarna..hihihiihii… JOM MAKAN!!


Betul-betul ke Tipu??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bulan lepas saya pergi ke satu company (company ni di bawah kerajaan bersekutu) atas urusan kerja. Ntah nape ringan sangat mulut tanya akak ni susah sangat ke nak dapat kerja kat sini. Akak tu cakap adik nak ke, bagi resume kat akak, kalau ade kosong akak panggil isi form.. Maka bagi la resume saya dan kawan saya..Pagi tadi akak tu sms saya,lebih kurang begini dialognya:

Akak: Salam adik, esok berbuka kat mana, kalau free nak ajak berbuka kat luar sama-sama sebab nak suruh isi form terus sebab esok akak takde kat office, akak cuti.Borang ade kat rumah akak.

Saya: (Nape mesti buka puasa sekali, malas la) W’salam..dengan kawan saya skali ke akak, lusa boleh tak akak saya pergi office akak, sebab lepas buka puasa saya nak pi masjid bawah ade aktiviti, da janji nak join (cari alasan tak nak kuar,tipu sunat.).

Akak: Rabu pun akak cuti ade hal, kalau tak boleh buka puasa sama-sama, malam boleh tak? Kawan tak dapat lagi, takde rezeki lagi la kot, awak isi sorang je dulu.

Saya: Malam memang tak dapat la akak, saya nak tarawih (Cari alasan lagi, tapi ini insyallah tak tipu). Macam nila akak, ape kata bila akak da masuk office nanti akak bagitau saya, nanti saya pi isi form kat office akak.

Akak: Kat office tak boleh la adek, ramai orang lagi pun akak busy. Kalau tak boleh malam hari ahad tengaharila , sebab kul 3 akak ade majlis amal bersama anak-anak yatim.

Saya: (apahal akak ni, yang nak isi formnya saya, bukan ganggu dia pun, bagi form sudah) Okla akak kalau camtu, insyallah nanti saya confirm balik k..

PERSOALANNYA: KENAPA AKAK NI BERIYA SANGAT NAK JUMPA KAT LUAR, KENAPA URUSAN PEJABAT MESTI DILAKUKAN DI LUAR WAKTU PEJABAT, TAK BAIKKAN BERPRA-SANGKA BURUK KAT ORANG, TAPI SAYA MEMANG PENAKUT,SAYA TAK TAU SAYA HARUS PERCAYA KE TIDAK? DAN SAYA TAK TAU SAYA PERLU PERGI KE TIDAK??

Best ke Berpeluk Tempat Awam??

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Ini kisah semalam, wah lebatnya hujan balik kerja semalam, habis basah kuyup… Naik train lagi la sejuk… tapi adeiiii sakit mata tengok pasangan-pasangan duk berpeluk, pegang tangan, cium dahi, cium pipi… Sejuk sangat ke, tiangkan banyak kat dalam train tu, peluk tiang sudahlah. Agak-agaknya nyelakan diorang ni dah kahwin ke belum ye… Tapi kalau dah kahwin pun perlu ke kat tempat orang ramai camtu??


Yang kakak ni lagi kecian duk lentok kepala sambil dipeluk Si Lelaki, sampai KLCC agaknya sebab ramai yang naik dia pun segan so angkatla kepala, tapi Si Lelaki ni tonyoh kepala dia suh lentok tak nak bagi bangun, banyak kali Si perempuan ni cuba tapi Si lelaki ni tak bagi, ermmmm saya ingat nak tolong tonyoh sekali tapi jauh la plak…hahahahahaahaha…


Ermmm suka hati la nak buat apa pun, tapi tak yah la depan umum, tak pasal-pasal saya pon boleh dosa, ehhh kamu pun boleh dosa jugak sebab buat orang lain mengata..HORMATILAH BULAN RAMADHAN..


**Kurus Poso Ambo**

Ketupat Fasa Satu


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Aktiviti di office hari ni buat KETUPAT…hi3, Sape tau buat ketupat sila angkat tangan.. Saya tak tau, baru jerk belajar hari ni, terbelit-belit tangan, Satu ketupat 20 minit, hahahhaa, biasala mula-mula belajar, walaupun masih nampak tak berapa kemas tapi boleh la kira jadik (angkat bakul sendiri)…hihihihi… Yes dapat ilmu baru hari ni..Semangat Raya dah datang, tak sabar nak balik kampong…







Ketupat Fasa Satu (Sebab Baru Belajar)

*** Sedapnya bau kari student cina buat party kat luar ni, satu library bau***


Sedekah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia


"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan."

(hadis diriwayat at-Tirmidzi)

-Bersedekahlah Selagi Masih Mampu-


Jangan lupa “Senyum itu pun Sedekah”, Ceriakan Diri di Bulan Ramadhan”

KELANTAN rancang bina Lebuh Raya Bertol~ RM1.9 Billion

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Kerajaan Pas Kelantan telah merancang membina Lebuh Raya 4 Lorong antara Kota Bharu-Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri Kelantan membayar tol buat pertama kalinya.Kerajaan Negeri Kelantan mengambil keputusan ini setelah permohonan dalam Rancangan Malaysia ke -9 dan Ke-10 gagal mendapat perhatian dari kerajaan persekutuan.Pembinaan ini dijangka menelan kos 1.9 Million.


“Tujuan kita mengambil inisiatif ini untuk membantu rakyat Kelantan terutama sewaktu pulang Berhari Raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan akan mengambil 30-40 minit sahaja-Datuk Husam Musa, Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri”

Petikan dari Utusan Malaysia


**Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya ada gak pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Sekurang-kurangnya kurangla sikit kesesakan berhari Raya.. Ermm bila siapnya tak tahu, tapi harap-harap berjalan dengan jayanya, Amin**

Peristiwa Tarawih..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Biasanya lepas tarawih ustaz tu bagi takzirah dulu baru witir.. Kitorang malas nak tunggu biasanya tarik sejadah buat sendiri jerk.. satu malam ni, macam biasa la nak wat witir sendiri bila dah angkat takbir, tiba-tiba terdengar ustaz tu bagi takzirah:


“Besar pahalanya kalau kita tunggu imam bagi takzirah , tunggu imam sampai habis witir, seperti mengadakan satu malam Qiamullail, saya pun tak nak bagi takzirah panjang-panjang, takut makmun semua balik”


Kebetulan malam tu kitorang berdua je witir sendiri,terasa kena atas batang hidung sendiri, antara kusyuk tak kusyuk, dalam dua nak teruskan ke taknak,alang-alang dah angkat takbir, kang tiba-tiba duduk malu plak, so habiskan jugak, pastu dengan muka tak bersalah terus keluar… Sesungguhnya saya amat malu pada waktu itu…

“Azam: pasni nak tunggu sampai imam habis witir”

Jauhkan saya dari Radio!!

Ohoo Hooo Balik Kampong, Ohoo Hooo Balik Kampong……………


Arghhhhhhhhhhhh jauhkan saya dari radio, baru satu minggu puasa dah dendang lagu raya= Mood: tak sabar nak balik kampong, takde semangat nak kerja….


..Ermm nasib baik rumah ni tak de radio..

Kurma Celup Coklat


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Minggu lepas rasa kurma celup coklat yang kakak kat office bagi, tapi dah habis…So apa lagi, kurma dah ada, beli coklat.. Target malam ni nak makan kurma celup coklat…sape belum rasa baik cuba, bestttttttttt….hihihi..

SELAMAT BERBUKA




Celup-Celup





Kurma Yang Dah Disalut Coklat


Dah Siap...



**Esok Cuti, Malam Ni Boleh BW**


Alamak silap masuk rumah orang..

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia

Pernah tak kalian tersilap masuk rumah orang lain??? Saya ni cuai sikit, so benda nak kata selalu pun tak jugak, tapi lebih la dari sekali..hi3..Kalau zaman belajar dulu selalu gak silap masuk bilik orang, tapi takpela sekurang-kurangnya memang semua perempuan. Ingatkan time belajar jerk, tak sangka bila dah kerja still buat kesilapan yang sama.


Peristiwa ni terjadi sewaktu balik dari kerja, malam. Ntah nape tersilap blok la naiknya, sampai muka pintu, bagi salam terus masuk, tiba-tiba terpaku kat muka pintu, ada seorang lelaki berseluar pendek tidak berbaju sedang meniarap sambil main laptop, kami saling berpandangan seketika. Pastu orang tu terus bangun.. terkejut agaknya, saya pun apa lagi, lari la….hahahahaha… ermmm camnila, belum tua lagi da nyanyok…

Udang Pedas Petai

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia

Wah dah lama rasanya nak makan Udang Pedas Petai, dari sebelum puasa, tapi petainya susah betul nak dapat, kalau ada pun mahal dan tak dapat beli dalam kuantiti yang sedikit. Nasib baik la kakak balik kampong minggu lepas, Bonda macam tau-tau je anak dia mengidam petai, hi3, terus dikirimnya


Alhamdulillah tercapai gak hari ni, tapi sedih sebab berbuka sorang-sorang hari ni sebab semua housemate balik, hi3x..


SELAMAT BERBUKA



MENU HARI INI

2012 Dunia Berakhir?????

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kalian pernah tengok tak iklan syampu yang menyatakan 2012 dunia berakhir? Kalau tengok cam main-main jek iklan tu, cam takde perasaan takut pun.. .


Tapi kan kalau fikir balik ada kemungkinan gak kan, ada ramalan yang menyatakan tahun ini adalah tahun terakhir Berpuasa dan Beraya. Ada gak yang menyatakan bahawa Ahli sufi,ahli sains.geologi & geografi telah membuat kajian, dan mempunyai pendapat yang sama

berkenaan ramalan ini, betul ke tidak saya pun tak pasti.


Ermm tak taula, Allah saja yang tau, yang pasti kalau betul, terasa banyak sangat yang masih belum sempurna, Marila kita sama-sama mengubah dan memperbaiki segala kekurangan diri...



Jom tengok balik tanda-tanda kecil, semua pun da ada kan…


1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

2. Zina bermaharajalela.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4. Menghias masjid dan membanggakannya

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

10. Bulan sabit kelihatan besar.

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...