Berakhirnya September, Bermulanya Sengsara


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Berakhir sudah bulan September, bermakna lahirlah ketakutan dalam diri…Takut bukan ape, sebab bulan October sampai December adalah musim final exam..Tapi takut tu bukan sebab saya yang nak exam tapi takut sebab setiap kali musim final exam LIBRARY pun kena tutup lambat… TAkut wooooooooo balik malam-malam, sengsaranya rasa nak habiskan waktu ni… Takut nak berjalan dari OFFICE –> TRAIN –> RUMAH…Walau pun jarak dari Train ke rumah dengan berjalan kaki hanya 10 minit, tapi tetap tunggu teksi, bukan malas tapi tak taula keberanian tu takde, takut nak jalan, naik teksi pUn charge duduk je RM 3… Haaa DILL tau area situ, tapi mungkin DILL berani kot jalan sorang-sorang masuk situ, saya takut…..hihihiihihihi…. Adei cepatla masa berlalu….

Khamis yang Ceria

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Khamis yang ceria………sebab gaji da masyukkkk!!!!! Hahahahahaa, orang lain gaji da tinggal separuh a.k.a orang yang bekerja dalam sector kerajaan, emmmmm sedang kira-kira hutang….PTPTN…...... MARA......… RUMAH SEWA…..... BIL TELEFON…......... BIL BROADBAND…............. BLA BLA BLA……….


Notangan: YUhuuuu Brookeeeee Band dah sambung balik…..

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia





Notangan: B.band da kena potong=belom bayar=gaji belom dapat=takleh bw slalu=nanti bos marah


Kisah Telefon Ajaib

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Kisah ini adalah kisah benar dan tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati, sebab ini diari hidup saya…hihihi. Peristiwa ini terjadi sewaktu saya berumur….lupa plak tapi yang pasti bawah dari umur 10 tahun..


Suatu hari abah belikan saya sebuah public phone mainan, atau boleh digunakan sebagai tabung… tapi tak de plak digunakan sebagai tabung, hihihi.. Oleh kerana ianya berupa public phone, maka saya pun minta lah duit syiling dengan ma, saje-saje nak main masuk-masuk duit konon-konon ianya real public phone. Kebetulan waktu tu nombor yang ade di kepala hanyala nombor telefon ATuk yang berada di Tanah Merah, lalu di Dial no tersebut. Tiba-tiba kedengaran telefon berbunyi.. tak sampai 1 minit telefon itu di jawab oleh atuk. Dengan keadaan blur saya terus berborak dengan atuk dalam 3 minit. Disebabkan rasa tak percaya dan pelik sebab telefon mainan itu betul-betul boleh digunakan, maka saya memanggil bonda yang ketika itu sedang melipat baju di dalam… tapi sayang untuk kedua kalinya sudah tidak menjadi… Maka tiada orang percaya saya pada waktu itu... percaya atau tidak peristiwa itu benar-benar terjadi, bukan khayalan semata-mata.. Kuasa Allah sape taukan…

Bulan Muharram=Haram???

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Ade seorang Ustaz cakap jangan buat majlis akad nikah dalam bulan Muharram dan Safar tak elok katanya.. Betul ke?? Setahu saya ramai je yang kahwin Bulan Muharram ni.. Ade bulan yang Haram ke dalam islam ni??

HANTUS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Ini bukan cerita dongeng tapi ia benar-benar berlaku sewaktu usia ini masih muda, pendek kata peristiwa dahulu kala di rumah sendiri.


PERISTIWA 1

Di suatu petang saya berjalan menuju ke bilik mak untuk mengambil sesuatu. Setibanya di bilik emak, saya merasakan ada sesuatu di dalam tandas bilik emak saya. Dengan perlahan saya membuka pintu tandas tersebut,owhhh rupanya kakak saya sedang duduk di atas toilet bowl sambil tersenyum pada saya. Tapi tiba-tiba je saya teringat rasanya kakak saya sedang duduk kat sofa di luar. Untuk mendapatkan kepastian lalu saya menjerit memanggil nama kakak saya, dan dengan sepantas kilat kakak saya menyahut dari luar, maknanya yang tersenyum tadi hanyala jelmaan semata-mata, apa lagi larila!!!

KESIMPULAN: Dunia ni bukan manusia jerk yang bertopengkan syaitan, syaitan pun bertopengkan manusia gak…hihihihi



PERISTIWA 2

Setiap malam kami dihantui oleh hantu kuku biru. Bila menjelang je tengah malam ade kuku yang bercahaya biru akan mencakar-cakar tingkap kami. Jadi boleh dikatakan setiap malam la ma abah akan membaca apa yang patut.

KESIMPULAN: Manusia di luar sana tak payahla nak warna kuku warna warni, buat ape nak diikut dengan budaya Hantu.



PERISTIWA 3

Setelah bermacam ustaz dan bomoh emak dan abah pergi, suatu hari kami di beritahu malam itu adalah malam terakhir, malam penamat di mana yang BAIK akan berlawan dengan yang JAHAT. Maka pada malam itu saya lihat ada dua cahaya kalau tak silap berwarna biru dan merah sedang berperang. Rupanya tak dapat dilihat, tapi bentuknya seperti manusia mempunyai kepala, badan, kaki dan tangan.Masing-masing sedang memegang pedang panjang. Kesudahannya berpihak pada yang BAIK, dan selepas itu kami tidak lagi diganggu.

KESIMPULAN: Setiap cerita ada penamat, setiap masalah pun ada penyelesaaian.


Notangan: Saya tak pernah jumpa yang betul-betul punya, maksudnya dalam rupa yang sebenar, tapi kalau jumpa saya pengsan kot…hi3

Semangat yang Hilang..

“Allah sayangkan kamu, sebab tu Dia uji kamu”


Iya, saya tau semua manusia pun ade dugaan masing-masing, Allah sengaja menduga supaya kita selalu ingat Dia, dan supaya kita tidak Lalai.. Cuma saya tak menduga dugaan ni datang di kala sudah hampir ke penghujung jalan. Banyaknya ranjau yang perlu saya tempuh untuk sampai ke penghujung. Andai boleh saya pejamkan mata sejenak, andai keadaan boleh berubah sekelip mata…………Belum cukup kuat rasanya nak terus melangkah……..

Malaysia vs Jepun

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Secara jujurnya saya memang tak berapa yakin Malaysia boleh menang, tapi saya mengharapkan gol untuk pasukan Malaysia.. Seronok jadi goal keeper Jepun, goyang kaki je…boleh dikatakan kesemua permainan dikuasai pasukan Jepan. Tapi syabas gak untuk pasukan Malaysia, rasanya banyak peningkatan, terutama untuk Apex, SMART!!!! Cuma mungkin Malaysia belum cukup kuat untuk lawan Jepun. Kita tengok lak perlawanan d Bukit Jalil nanti, dengan penuh harapan saya berharap Malaysia dapat jaringkan gol!!!! Saya bangga jadi anak Malaysia!!!! Hihihihi..



Notatangan: Kenapala bulan September ni rasa cam panjang sangat, rasa dah sepuluh minggu dalam bulan 9, tapi still tak masuk2 Oktober lagi…

Wordless Wednesday #3


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Kisah Sepasang Kasut


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Entry ini berkaitan dengan kisah kasut, tapi bukan sambungan dari kisah yang lepas.. Kisah ni terjadi sewaktu saya belajar di UitM Puncak Perdana Shah Alam, Peristiwa yang saya tak kan lupakan sampai bila-bila..

Suatu hari saya pergi ke Perpustakaan seorang diri untuk mencari bahan nak buat assignment. Dah puas cari buku cari plak melalui intenet yang disediakan di perpustakaan. Setelah hamper 1 jam tergedik-gedik kaki menekan keyboard, mata mengantuk bosan pun dah datang, maka saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik..

Apa yang saya pelik sepanjang perjalanan saya menuju ke pintu keluar, kenapa ramai students yang pandang serta senyum-senyum dekat saya, ishhh ade benda tak kena ke, lantakla malas layan. Sesampai jerk pintu keluar Library…terpaku sekejap… Mana kasut?????? Arrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh library ni mana tanggal kasut, rupanya masa tergedik-gedik kaki tadi lupa nak pakai balik tertinggal kat bawah meja sewaktu cari bahan kat internet tadi, uissshhhhhhhhhhh dengan selamba terus berjalan masuk buat-buat cari bahan sambil kaki pakai kasut….hahahahahhahahahahaha..Rupaya diorang tengok sebab pelik saya berkaki ayam…..balik cerita kat housemate semuanya sampai terguling-guling..hahahahhahaa…Hampeh punya kawan..

Syurga Di Mana

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kalau sebut pasal syurga semua orang pun nak masuk syurgakan. Seperti yang kita sedia maklum, syurga bagi perempuan yang belum berkahwin adalah di bawah kaki ibu. Kalau lelaki plak memang sampai bila-bila pun syurga dia di bawah kaki ibu. Tapi kan kepada Si ibu atau bakal ibu di luar sana, memangla ibu biasanya cuba buat yang terbaik untuk anak-anak, tapi janganla tegas sangat sampai itu tak boleh ini tak boleh, kang kalau Si anak langgar kang berdosa plak. Sebagai contoh Si anak ni 4 tahun belajar dekat Kelantan ketagih makan budu, balik rumah Si ibu tak bagi makan, sampai jatuh sakit Si anak ni, makan kang kira melangar perintah si ibu plak..Kan susah tu… Sama la jugak dengan Si suami, setelah berkahwin syurga seorang perempuan di bawah kaki Si suami. Yang Si suami ni plak jangan la mengada-ngada mintak buat yang bukan-bukan, contohnya pukul 3 pagi kejut Si isteri ni suh tolong cari Kutu kat kepala. Bantah kang berdosa plak. Hai Cubala permudahkan kaum kami ni untuk masuk syurga.

REBONDING

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Rambut ni kalau disimpan panjang serabut, nak dipotong pendek sayang, kalau nak rebonding tu…. HALAL ke HARAM ye… Bila buat research kat internet setengah kata HARAM. Setengah kata HALAL plak bergantung pada niat. Yela tak semestinya perempuan bertudung ni taknak rambut yang cantikkan.Malam-malam duk tengok rambut housemate terbang beralun lagi berkilau, kite pon nak jugakkan…huhuhuuuhuu…Ishh tapi niat tuu, ala bukan nak menunjuk, just untuk kepuasan diri agar rasa lebih kemas dan selesa.. tapi Rebonding tu HARAM ke HALAL ye….

HARAM

atau

HALAL

Kosong

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Mood sabtu yang kurang baik. Tak faham dengan kehendak hati, rasa kosong. Mungkin terlalu banyak benih di tanam, tapi kurang bajanya, maka hasilnya hampa.. Pergerakan sabtu yang tiada tujuan, mengikut kaki dan tangan, sedangkan fikiran kosong tak tau ape yang perlu difikirkan sekarang..

KEKEJAMAN KOMUNIS



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Lukisan di bawah adalah lukisan yang dihasilkan oleh MOHD HAMZAH MOHD AMIN, 71 Tahun. Menurutnya lukisan ini dihasilkan bagi memberi gambaran sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat Negara ini suatu ketika dulu, terutamanya kepada generasi muda.. Jom hayati bersama..


MOHD HAMZAH MOHD AMIN






Tubuh Manusia dihiris sedalam setengah inci kemudian dijirus dengan air garam








Al-Quran dari sebuah surau dikoyakkan, dipijak-pijak dilumur dengan najis & dibakar





Penghuni dilarang keluar rumah kemudian dibakar.Sesiapa yang lari keluar rumah akan dibunuh







Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja





Mayat-mayat mangsa pembunuhan ditanam dalam batas sayur yang cetek kemudian sayurnya dipetik, dimasak untuk jadi makanan anggota-anggota mereka.





Tok imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak


Sumber: Utusan Malaysia.

BOROS



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Aku sepasang SELIPAR JEPUN. Suatu hari aku dibeli oleh seorang budak perempuan yang agak pendiam orangnya. Namun aku bangga kerana tuanku sangat setia, ke mana pergi pasti aku di bawanya. Aku akui tuan aku bukan la berasal dari keluarga berada. Aku dipakai bertahun-tahun sehingga badan ku uzur, kurus kering dan nipis.. Tapi aku tak menyangka tuanku tidak pernah menggantikan aku. Suatu hari badanku sudah tidak bermaya, aku luka, berlubang di badan ku. Tapi aku hairan kenapa tuanku masih memakai aku, tidak sakitkah kakinya mengheret tanah pasir dan batu dek kerana lubang di badanku???



Ermm sebut pasal boros sape kenal dan cakap saya boros, ye saya mengaku memang saya boros, sebab masa kecik dulu saya tak pandai nak meminta sesuatu selagi tidak terdesak, dan ketika itula azam saya bila saya dah besar saya akan beli apa yang saya nak. Saya tau itu bukan la satu azam yang baik, Alhamdulillah setakat ni saya masih mampu mengawal nafsu untuk berbelanja luar dari kemampuan saya. . Insyallah saya akan belajar perlahan-lahan untuk berubah, tapi masalahnya sekarang masih belum ade kesedaran!!!!!!! Huhuhuhuhuhu…



Ha nila dia SELIPAR JEPUN zaman dahulu kala, sori ye En Taufan pinjam selipar, saya jumpa picture ni kat google..hi3

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia




Malam ni rasa nak join satu contest yang telah dijemput oleh Cik AImie Diyanna iaitu Segmen yang bertujuan untuk menambahkan FOLLOWER..hehehehhe..nak tau lebih lanjut sila

Klik SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS .

3 Mangsa saya hari ni:

Ade2mama

Aimie

BudaKampungGugup

DNA BABI LAGI!!!!


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Sape pernah tengok Menda alah ni, rasanya yang TABASCO ni pernah tengok kat Pizza Hut kot, tapi tak pernah plak rasa, sebab nampak pelik..hi3..Nasib baik… Kepada yang pernah merasa atau belum merasa atau akan jumpa menda alah ni sila jauhkan diri sebeb ianya mengandungi DNA BABI… Rasanya dah bertahun tengok benda alah ni, kenapa baru sekarang baru dapat tau ade DNA BABI ye…Sini DNA BABI, situ DNA BABI, agaknya setahun dah cukup seekor BABI dalam perut…fuh!!!!!

Berita lanjut di KOSMO ONLINE

Train Masalah Lagi!!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Gara-gara Train Kelana Jaya ade masalah hari ni, terpaksa menunggu lebih 1 jam serta terlambat masuk office.Kena berebut-berebut, biarpun terpaksa tertempek di pintu train.Rasanya ini dah kali ke-3 mengalami situasi ini. Nasib baik hari ni bos belum sampai…hihihi… hai time cenggini la terasa nak beli kenderaan sendiri, tapi masih banyak yang penting perlu difikirkan..



Semua menunjukkan muka frust..


Berebut masuk, tapi time ni tak dapat masuk lagi, bak kata orang "hero dok gaduh" hi3


Sebelum dan sesudah..


Assalamualaikum @ Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, Sehari suntuk kat library hari ni, menyusun apa yang patut,akhirbya selesai gak.. sepatutnya balik jam 1 tengahari, tapi terpaksa siapkan sampai jam 6.30 petang, nasib baik dapat claim OT..hihiihi




SEBELUM




DALAM PROSES





SELEPAS (Rasanya nampak lebih kemas)


Kelantan vs Johor Fc

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah walaupun terpaksa bermain dalam hujan, menang jugak Tanah air tercinta ku…hihihi, tahniah buat pemain Kelantan dan syabas pada penyokong-penyokong Kelantan. Tapi awat banyak sangat jual kad kuning semalam, kikikikiki.. Goal Keeper pun satu hal awat tenung lama sangat bola sampai kena kad kuning….kikikiki… apa pun KELANTAN tetap di hati ku..


Gomo Kelate Gomo = Go More Kelantan Go More

(Kelantan 2 - Johor FC 1)

ANdai Diberi Pilihan..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Ehem, pagi ni mood romantic datang. Kalau diberi pilihan dalam hidup berpasangan, mestila nak sehidup semati, maksudnya susah senang bersama dan mati pun bersama. Tapi kalau perlu membuat pilihan, saya nak PERGI dulu sebelum si dia, sebab saya tak sanggup kehilangan Si dia, dan masa tu saya izinkan si dia kahwin lain, kahwin dengan orang yang boleh tolong saya menjaga Si dia dengan baik…Tapi Ajal maut di tangan Allah, kita hanya mampu merancang, yang pasti apa yang telah di aturkan tentula yang lebih baik…


*** KES ROGOL meningkat di Kelantan membabitkan remaja perempuan berusia 13-15 tahun di musim perayaan ini dan lebih malang dalam kebanyakan kes mangsa di rogol secara bergilir-gilir: Sumber Utusan Malaysia*** Apa kata kalau beratkan lagi hukuman perogol terbabit, senang cerita KASI POTONG!!!!!!!!!!!!

FB vs BLOG

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


FB @ Blog, Agak-agaknya mane lagi best??? Pendapat saya, saya lebih suka blog sebab kat sini nak luah ape pun takpe sebab takde orang kenal, jadi rasa lebih terbuka…hi3, kita semua kenal ke??? Dah lama tak update status kat FB, kalau buka pun comment status orang jek, tapi ade sesetengah status di FB yang emmmmmmm…..


Antaranya:

1. Selesai tarawih malam pertama (berterusan sampai malam ke-30 tarawih)

2. Kuatkanla aku untuk menghabiskan puasa hari ni (Puasa enam dalam syawal)

3. Rasa muka bercahaya setiap kali amek air sembahyang (ade yang siap taruk gambar dalam kain sembahyang skali)


Emmmm NO KOMEN, suka ke idak bagi jawapan dalam hati jela ye…hi3

Sape leh tolong saya!!!!!

Assalamualaikum & salam 1 malaysia


Sepe leh tolong saya, tolongla carikan saya kerja di KELANTAN. Saya dah penat hampir 8 tahun duduk di perantauan.ikut la kerja pape pon asal gaji 1K ke atas,hihihihi, kalau tak dapat KELANTAN, dapat di TERENGGANU pon ok la, dekat sikit nak balik.. dah penat isi jawatan kosong. Dah hantar resume banyak-banyak tapi masih tiada jawapan..KECEWA tapi masih BERHARAP..

Raya 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Setelah 1 minggu bercuti, walaupun berat hati meninggalkan bumi Kelantan, Alhamdulillah selamat kembali ke ibu kota.Bawak balik laptop pon tak sempat nak blog walking.. Moga tahun depan dapat beraya bersama family lagi…



Pantang jumpa kamera..




Bermaafan di pagi raya





Sape nak angpau kene cium kaki...hihihi





Anak-anak perempuan bonda yang pulang berhari raya..





Anak-anak lelaki bonda yang pulang berhari raya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...