TEMUDUGA PEMBANTU MAKMAL SPP

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah 20 Jun 2013 di panggil untuk temuduga pembantu makmal C17.. Meh nak kongsi kan sedikit pengalaman temuduga SPP.

1)   Temuduga adalah secara berkumpulan, biasanya dalam 5-7 orang sekali masuk.

2)  Sebelum hadiri temuduga pastikan dah susun dokumen seperti yang dia nak.

3)  Antara soalannya:
a.   Perkenalkan diri dan nyatakan kenapa kami harus mengambil anda untuk menjawat jawatan tersebut.
b.   Tugas pembantu makmal
c.   H2O
d.   Jenis Asid
e.   Hemoglobin
f.   Klorofil

4)  Kepada yang ada sijil diploma@ijazah@lain-lain, pasti tertanya-tanya perlu ke untuk berterus terang ada sijil-sijil tersebut ke tidak, yela syarat kan SPM. Ok pengalaman diri sendiri, masa memperkenalkan diri, saya berterus terang bahawa saya mempunyai sijil-sijil tersebut, dan jawapan penemuramah……………………….”Saya sebenarnya tak galakkan orang yang ber graduate minta kerja ni, sayang dan takut kerja separuh jalan” . So pada yang nak interview tu, terserahlah apa keputusan, yang penting kita berserah pada Allah SWT.

5)  Biasanya bila dah habis penemuramah akan tanya ada apa-apa soalan. Masa tu cubala promote diri sikit, tak pun at least  tanya je bila jawapan Berjaya/Gagal interview tu..jangan lupa gelaran penemuramah, Dato ke Tan Sri ke pape jela…



Itu sajala nak di kongsikan. Selamat Berjaya pada yang terpilih untuk temuduga.


Note: Sebelum temuduga ada seorang calon duk di sebelah pegang carta organisasi, nampak cam tak nak baca dah so mintakla nak pinjam sekejap.. tau apa jawapanya?? TAK BOLEH.. hahaha, terus simpan nota dia. Nasihat saya, tak payahla nak kedekut sangat, tolong menolongkan amalan mulia.. kita tolong orang, nanti Allah tolong kita plak..Fikir-fikirkan lah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...