Kemampuan~~~~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bila sebut soal kemampuan, saya kagum dengan seorang staff di sini, gaji bersih dia RM 800 + suami 1200 = RM 2000..... ada 1 kereta waja, anak 2 orang...... Tapi saya tak tau macam mana dia manage duit dia...... Dia ber-4, saya seorang, Kalau pada saya duit tu tak lebih dan tak kurang...hanya cukup-cukup sahaja.... Nak kata saya banyak hutang PTPTN+MARA, tapi dia pun perlu bayar kereta gak setiap bulan......Boros sangat ke saya ni...................





Keputusan entry lepas


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Sebelum ni saya ada bertanyakan pendapat entry sebelum yang mana perlu saya pilih…  Ini dia keputusannya, macam AFUNDI plak…hihiiihiii….






Haa kalau ikutkan pendapat teman-teman blogger ramai yang suh pergi trip tu....Sebenarnya trip tu memang boleh bawak teman, Cuma tambah bayaran, tapi En Tunang tak nak ikut, banyak kerja katanya…. Jadi setelah berbincang dengan cara baik, dipujuk dengan ayat cintan, hihiihi... akhirnya En Tunang setuju untuk pergi beli barang di lain hari…So sekarang Alhamdulillah dua-dua pun dapat  pergi…..Terima kasih kepada yang sudi bagi pendapat…




Tanpa sedar…



Hari semakin hari berlalu,
Masa semakin cemburu,
Kotak fikiran semakin bercelaru,
Lidah semakin kelu.


Disaat kebahagiaan semakin hampir,
Aku leka mencari kesempurnaan,
Aku leka menempis segala cacat cela,
Aku leka mencari yang lebih baik,



Tapi aku lupa..
Bukan Kesempurnaan yang perlu dicari,
Bukan Terbaik yang perlu dipinta,
Bukan hebat yang perlu dikejar.


Tanpa sedar,
Tiada yang sempurna tanpa keizinan darimu,
Tiada yang lebih baik selain mendapat keberkatan darimu,
Tiada yang hebat selain menjalani ikatan kernamu,
Malah tiada JALINAN ini tanpa takdirmu…
Biarla kesederhanaan ini mendapat kemewahan restu darimu…AMIN







ANtara Dua



Asslamualaikum & Salam 1 Malaysia



Sekarang ni tengah confuse, tak tau apa keputusan terbaik…. Cuti Krismas ni, company buat trip ke Hat Yai selama 3 hari 2 malam…dalam masa yang sama, sebenarnya dah janji dengan En Tunang cuti Krismas dia nak datang cari barang hantaran kahwin kat sini….


Kata En Tunang: Tak kisah kalau nak pergi, tapi fikirla yang terbaik.. Kalau saya pergi, die akan tetap datang beli barang kat sini cuti krismas..



Kata Bos: Sapa tak pergi memang rugi, sebab kali ni memang company support semua kecuali makan. Bukan selalu ada trip macam ni……



Kalau anda di tempat saya, mana satu yang anda pilih………………





Menghitung Hari..


20.1.2012
Bersamaan 26 Safar 1433M


Doakan segala persiapan berjalan dengan lancar…Amin..




Kerana Tong Gas


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Peristiwa Semalam…


Kebetulan masa cuti semalam gas rumah kami habis…. Nak tak nak turun la kami ke kedai beli gas…kata pak cik kedai,  nanti ada orang akan hantar gas tu ke rumah… tapi sebaliknya plak yang jadi… Tiba-tiba pak cik tu call mintak turun bawah amek gas dengan seorang mak cik.. malas la nak gaduh-gaduh, jadi turun jela tolong mak cik ni angkat gas 12 kg sampai ke rumah…. Untuk pengetahuan, rumah kami TINGKAT 3 ye…. Sampainya di atas, tiba-tiba aje gas ni buat hal, tak nak masuk.. ntah apa kena dengan kepala gas ni… Makanya makcik tu mintak tolong dia angkat lagi skali gas turun bawah, nak tukar gas lain katanya….. 5 minit kemudian, datang la mak cik ni membawa gas yang lain, yang lagi BEST nya mak cik ni tukar gas yang lebih besar, 14 kg… maka angkatla kami gas 14 kg plak sampai ke atas…. Kesimpulannya.. Mintak maaf la pak cik, lepas ni dah tak nak beli gas kat kedai pak cik dah, taula mak cik tu pekerja indon pak cik, tapi agak-agakla suh orang tua tu angkat gas....lagi-lagi kami plak yang kena....hampeh..






Notangan: Akhirnya...yahuuu esok nak balik kampung, honestly ni la first time naik flight….kikikiki,  sorang-sorangla esok mencari pengalaman hidup….doakan saya selamat pulang & selamat kembali….




Halangan


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia




Saya nak sangat balik jumpa awak..




Tapi...........












Notangan: Memang wajarlah orang tua kami minta menangguhkan dulu hajat kami...






Pemerhatian dalam petua menguruskan badan


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Pemerhatian tuan punya badan….


TAHUN
BERAT BADAN
SITUASI PERSEKITARAN
2003-2006
42
STUDY-DIPLOMA
2006-2007
47
BEKERJA
2007-2010
43
STUDY-DEGREE
2010-2011
48
BEKERJA










Kesimpulan…rasanya kalau nak kurus balik kena sambung belajar lagi… ihiihhiihiih….



Giler Langsir~~

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia





Pintu (1)





Pintu (2)







Pintu Dapur







 Pintu Masuk





SIAP!!!!!!





Bila Allah tak izinkan...


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bila mood rajin datang, kebetulan bercuti hari ni, jadi rajin plak rasa nak sediakan makan malam untuk budak-budak rumah… Menu hari ni nasi lemak, tapi lupa lak nak amek gambar, hihihiihi….


Ok berbalik pada tajuk… tengah asyik duk mencari bahan-bahan, tiba-tiba satu je yang tak ada kat kedai tu…daun pandan… kebetulan plak tengok ada satu pokok daun pandan yang di tanam di tepi satu blok… tapi tak tau la plak sapa yang punya.. tiba-tiba lagi lalu seorang kakak ni, so tanya la akak ni sapa tuan punya pokok.. akak tu cakap tuan dia takde kat rumah., tapi kalau nak guna boleh ambik aje… dah akak tu cakap camtu jadi ambik jela kan, taruk dalam plastic.. bila sampainya di rumah, tiba-tiba daun pandan tu dah tak ada… hilang, agaknya jatuh semasa dalam perjalanan pulang kot… haa itu la dia, Allah tak izin agaknya, sebab ambik tak mintak dengan tuan dia…hihiihihiii..Jadi kesimpulannya, jangan la ambik barang orang tanpa izin…SEKIAN TERIMA kASIH.. 



Ini la nama dia daun pandan...mak saya ta suka tanam dia sebab dia tumbuh lebat, takut ada "penunggu berbisa" kat bawah dia...


IBUBAPA @ SUAMI/ISTERI ???


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


LELAKI SEBAGAI SUAMI ATAU PEREMPUAN SEBAGAI ISTERI……….berjalan lah ke 1000 pelusuk dunia, pilih sahaja di mana-mana, dengan sekali lafaz dia menjadi seorang ISTERI atau SUAMI… MATI???? BERCERAI??? Cari lagi dan lafaz lagi, SUAMI atau ISTERI silih berganti, antara mahu atau tidak, itu pilihan  masing-masing..


TAPI…



Lelaki sebagai AYAH atau Perempuan sebagai IBU…. Berjalan la ke 1000 pelusuk dunia…. Tiada manusia yang dilahirkan dari 1000 rahim IBU, tiada manusia yang dihasilkan dari 1000 sperma AYAH…… MATI??? BERPISAH??? Memang tak de galang ganti, mahu atau tidak, dialah IBU, dialah AYAH



OLEH ITU..



Sebelum mendirikan rumah tangga… fikirla baik-baik, selidik betul-betul, adakah SI SUAMI atau Si ISTERI itu boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan dalam rumah tangga, kalau dari awal dah nampak tak dapat nak terima keluarga anda, jangan berani mengambil risiko,sebelum syurga anda berubah di bawah kaki si suami (bagi perempuan)… INGAT!!!!  SUAMI ATAU ISTERI BOLEH DICARI, TAPI TIDAK UNTUK IBUBAPA…




Tanpa mereka siapala saya…. Bila di renungkan balik gambar-gambar mereka dari dulu sehingga sekarang, memang banyak perbezaan…. Yup…we are growing up, while they are growing old… hargailah mereka semasa mereka masih ada……




Notangan: Tiba-tiba rasa rindu dan banyak “hutang” yang masih belum “langsai” dengan mereka…






MAXIS VS CELCOM


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nak kata penggunaan bil yang banyak tak la jugak, Cuma kadang-kadang tak ada masa nak pergi bayar, maklumla saya hari minggu pun kerja… Apa yang boleh kita buat bila phone @ broad band kena potong??…. Call la maxis @ celcom center, mintak sambungkan dulu, kemudian bagitau mereka bila pembayaran boleh dibuat, maksudnya dalam masa terdekat…..Tapi Maxis dan Celcom berbeza… ini jawapan mereka bila saya mintak sambungkan dahulu…




CELCOM (Bil Telefon)
“Boleh saya tau bila cik boleh buat pembayaran…… ok saya akan bukakan sekatan, sekiranya cik gagal membuat pembayaran sehingga minggu depan (tarikh yang dijanjikan), kami akan sekat semula talian anda…terima kasih kerana menghubungi kami..)”




MAXIS (Bil Broadband)
“Boleh saya tau bila cik boleh membuat pembayaran……….. sekiranya esok (hari yang dijanjikan) cik gagal membuat pembayaran, kami akan sekat semula talian anda, dan nama anda akan kami BLACK LIST kan…”


Wow strict nya MAXIS berbanding CELCOM…BLACK LIST tuuu… jangan main-main, pendek kata janji mesti ditepati, kalau rasa tak boleh nak tepati baik jangan berjanji….




Soalan dari Msredcheesecake


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Emm tak tau la dah kira lambat ke idak, biasala makin berumur makin pelupa..hihihihi, sorry ye msredcheesecake lupa lak pasal soalan ni…


1.        Perkataan atau ayat yang sering anda gunakan?
-         Lapar


2.       Anda jenis left brain atau right brain?
-Tengah-tengah kot..hihiihii


3.       Adakah anda seorang yang setia?
-         Owhhhhhhhhhhhh semestinya YA  jawapan mesti bagus sebab  takut ade “pemeriksa” sejati..hihihi 


4.       Describe yourself in 3 words?
-         Adeh soalan ni paling lama fikir, tak faham dengan diri sendiri,hihihiii … sempoi, sempoi & sempoi…


5.       Coffee? Tea? Or Milo? Which one is you?
-Milo!!! Sehari tak jumpa milo, rasa tak sempurna hidup..ihihihih


6.       Apa perkara paling buruk sekiranya pasangan anda lakukan yang boleh buatkan anda terus tinggalkan dia?
-tidur dengan perempuan lain…sori kalau terlalu jujur..


7.       What is your worst nightmare?
- bila mimpi tiba-tiba semua gigi tercabut jatuh ke tanah


8.       Sehari berapa kali anda gosok gigi?
-err tak tentu…. Yang pasti setiap kali nak mandi@keluar..


9.       Adakah anda addicted to something? Apa dia?
Ye…biskut chocolate teddy bear.. kalau tak makan pun dia mesti kena ada kat atas rak..



10.   Movie yang paling tak best?
-ada 1 movie ni memang giler-giler boring, cerita om putih, tapi serius lupa tajuk dia sebab tengok 3 tahun lepas..hihihi


     11. If you decide to join this tagging game, why?
            - sebab rasa seronok dan demi menghargai seorang kawan yang sudi tag saya….



Soalan saya:
     1.        Apa nama panggilan di kampung?
     2.       Kenapa anda suka berblogging?
     3.       Anda rasa hidung anda mancung ke kempis ke kembang?
     4.       Bila kali terakhir anda korek hidung?
     5.       Artis Hindustan yang diminati
     6.       Ibu dan ayah, mana satu anda sayang lebih?
     7.       Binatang yang paling anda takut. Kenapa?
    8.       Bila kawan ajak shopping, GF/BF ajak tengok wayang dalam masa yang sama mana satu anda pilih?
     9.       Anda tidur di dalam bilik yang gelap atau cerah? Kenapa?
    10.   Bila anda membeli sebentuk cincin, tangan mana yang anda pakai, kiri @ kanan.
     11.      Bagaimana kedudukan kepala anda sewaktu sedang berjalan, samada;-
a)     tunduk ke bawah,
b)      pandang straight ke depan
c)      dongak ke atas
d)      jalan mengundur.




Mangsa saya:


Syarat tag game ini adalah...





1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...