~DiaM~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Mood: Sedih

Tak taula kenapa sejak akhir-akhir ni rasa cepat sangat kecik hati dengan orang…Rasa sedih je manjang…. Dan sekarang ni tengah mengawal perasaan, tak nak gaduh-gaduh…pekak kan telinga..banyakkan bersabar… Kadang-Kadang Diam tu penawar paling bagus untuk mengawal perasaan....Kurangkan bercakap benda yang tak penting...




Alhamdulillah-Lulus~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Wah dah lama tak update…Sebelum ni saya ada post entry berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat (SARA)… Just nak kongsi berita gembira, yang permohonan saya dah diluluskan..alhamdulillah… Pada yang dah mintak tu, semoga Berjaya, yang belum mohon cepat-cepat mohon ye….Emm yang belum kahwin cepat-cepat kahwin..hihihihhi




~KerJa+++


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bosannya rasa kerja…  rasa cam nak bertukar angin..kadang-kadang rasa macam nak jual nasi bungkus pun ada…Best pe jual nasi, hasilkan produk sendiri, jual produk sendiri, dan hasil pun untuk diri sendiri… teringat lak zaman main jual nasi bungkus masa kecik-kecik dulu… Hai…kalau la boleh buka perniagaan sendiri kan best…dekat dengan en suami...facebook chat emoticons sad…….Rasanya kalau dapat kerja Kerani dengan gaji RM1000 kat Kelantan berbaloi ke idak nak balik kerja kat kampong ye…....



Wordless Wednesday # 6

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia






Valentine's Day


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nabi SAW bersabda “Barang Siapa Yang Menyerupai Sesuatu Kaum, Maka Dia Adalah DiKalangan Mereka” Riwayat Abu Daud…




Alahai tak yah la nak bazirkan duit beli bunga ke coklat kat pasangan ~ 14 Februari, ada banyak hari lain lagi yang boleh bagi, Hari Jadi ke, Anniversary ke…Nape?? Rasa dah banyak sangat duit tu??? OK bagi la setiap bulan,  jadikan hari tu sebagai hari untuk menghabiskan duit… Boleh gaji jerk setiap bulan beli bunga@coklat@Belanja Makan....Ade Berani???



Buta Jalan=Makan Buah Langsat


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kalau dah dikategorikan sebagai buta jalan, memang kenyanglah makan buah langsat… harapkan teksi boleh hantar ke KOMPLEKS 1 MONT KIARA, tapi punyala malang driver teksi tu salah dengar pi hantar ke KOMPLEKS MUTIARA…. Kita yang tak tau mana arah tuju dengar blur ikut jerk bila teksi tu turunkan kami…Dahla tu tanya orang semua bagi lain-lain direction, punyala susah nak sampai ke tempat yang di tuju…Lagi malang bila sampai tempat yang di tuju kedai tu dah tutup…argghhhhh…nasib baik ade N’yue yang teman, kalau tak menangis tak berlagu sorang-sorang kat situ…wuhuhuuhu…. Mekasih N’yue….Kenangan kita makan buah langsat… 




berSALAMan



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia








Dah menjadi kebiasaan kebanyakan manusia, menerima lebih senang dari menolak.. Sama seperti situasi saya.. Dah tau bersalaman dengan bukan muhrim tu salah, tapi kadang-kadang bila datang dalam suasana yang terpaksa, contoh di kalayak ramai, serba salah nak menolak, sebab takut yang menghulur terasa malu… Tapi menyesal tu tetap ada….Kenapala susah sangat nak menolak…….. Bagaimana pulak cara anda menolak??? Atau menerima jugak seperti saya???




Notangan: Malam ni nak pi bercuti ke Langkawi dan terus balik kampung... So blog ni bercuti untuk beberapa hari…. Jangan lupa datang sapu sawang kat sini…..





PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Lepas dari bantuan RM500, skang ada plak Skim Amanah Rakyat..Asalnya tak faham sangat macam mana nak menyertai SARA ni, kebetulan tadi kakak kat office ajak teman pergi tanya pasal SARA ni, so skang nak kongsi dengan siapa yang belum tahu….






Pertama sekali nak ditekan kan, SARA ini untuk orang yang dah berkahwin sahaja yang berpendapatan kasar antara RM500-3000…Bagi yang menerima SARA ini perlulah membuka 2 akaun, iaitu (i) Akaun Maybank {sekiranya anda membuat permohonan di Maybank} dan (ii) Akaun 1 Malaysia….


(i)AKAUN MAYBANK
Setelah permohonan di luluskan, RM5000 akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Tetapi duit tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas 5 tahun. Pembayaran balik sepanjang 5 tahun adalah RM84 sebulan..


(ii)AKAUN 1 MALAYSIA
Bantuan RM 134 akan dimasukkan setiap bulan dalam akaun 1 Malaysia sehingga tempoh 5 tahun iaitu sehingga duit pinjaman RM 5000 dikeluarkan.


Kesimpulannya, bila ditolak di tambah, tak yah susah-susah fikir macam mana nak bayar setiap bulan. Guna je duit RM 134 yang diberi dalam Akaun 1 Malaysia untuk bayar pinjaman Maybank RM84, maka lebih lagi si disitu RM 50 untuk dibuat belanja… 


TAPI INGAT, “PERMOHONAN AWAL DIDAHULUKAN”… 50% Bumiputra, 30% Cina, 15% India, 5% Lain-lain…So Sape cepat die dapat……




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...