Kasih Ibu


Assalamualaikum

Bila dah berumahtangga, dah berbadan dua camni, tiba-tiba teringatkan ibu. Bila demam jek, tup2 sampai depan rumah siap bawak makanan. Teringat pulak sebelum kahwin, bila demam jek, 2 jam sekali merasa tangan ibu menjamah dahi. Baru-baru ni ibu demam.Tapi tau pun, rupanya dah 4 hari demam. Punyalah besar pengorbanan ibu. Time anak demam cam kilat tiba-tiba jek ada depan rumah, tapi time dia deman,tak nak anak-anak tau, taknak susahkan anak-anak. Kasih ibu tiada banding, sampai mati pun tiada yang boleh menggantikan ibu sendiri.


Kembali Merindu


Assalamualaikum..
Wah ingatkan baru 2 bulan tinggal blog ni, upanya last update March…Lama gak ye…hihihi.. Tapi dalam tempoh peninggalan ni memang banyak yang dah berubah..

ü Kandungan dah masuk 22 minggu
ü Dah bertukar angin balik mencari kerja di Kelantan
ü Dah dekat dengan suami

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Tiba masa nak pi terjah menerjah,mesti banyak yang dah berubah…
BWBWBWBWBWBWBWBWBWBWBWBW


Mummy to be~~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah..doktor cakap dah 5 minggu… Tapi sedih plak rasa sebab dalam keadaan macam ni pun masih berjauhan dengan suami…. Sampai bila pun tak tahu…Saya harap saya tabah nak mengharungi sendiri di sini....



Tea: Ahli Nujum Negara


~DiaM~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Mood: Sedih

Tak taula kenapa sejak akhir-akhir ni rasa cepat sangat kecik hati dengan orang…Rasa sedih je manjang…. Dan sekarang ni tengah mengawal perasaan, tak nak gaduh-gaduh…pekak kan telinga..banyakkan bersabar… Kadang-Kadang Diam tu penawar paling bagus untuk mengawal perasaan....Kurangkan bercakap benda yang tak penting...




Alhamdulillah-Lulus~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Wah dah lama tak update…Sebelum ni saya ada post entry berkenaan dengan Skim Amanah Rakyat (SARA)… Just nak kongsi berita gembira, yang permohonan saya dah diluluskan..alhamdulillah… Pada yang dah mintak tu, semoga Berjaya, yang belum mohon cepat-cepat mohon ye….Emm yang belum kahwin cepat-cepat kahwin..hihihihhi




~KerJa+++


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Bosannya rasa kerja…  rasa cam nak bertukar angin..kadang-kadang rasa macam nak jual nasi bungkus pun ada…Best pe jual nasi, hasilkan produk sendiri, jual produk sendiri, dan hasil pun untuk diri sendiri… teringat lak zaman main jual nasi bungkus masa kecik-kecik dulu… Hai…kalau la boleh buka perniagaan sendiri kan best…dekat dengan en suami...facebook chat emoticons sad…….Rasanya kalau dapat kerja Kerani dengan gaji RM1000 kat Kelantan berbaloi ke idak nak balik kerja kat kampong ye…....



Wordless Wednesday # 6

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia






Valentine's Day


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Nabi SAW bersabda “Barang Siapa Yang Menyerupai Sesuatu Kaum, Maka Dia Adalah DiKalangan Mereka” Riwayat Abu Daud…




Alahai tak yah la nak bazirkan duit beli bunga ke coklat kat pasangan ~ 14 Februari, ada banyak hari lain lagi yang boleh bagi, Hari Jadi ke, Anniversary ke…Nape?? Rasa dah banyak sangat duit tu??? OK bagi la setiap bulan,  jadikan hari tu sebagai hari untuk menghabiskan duit… Boleh gaji jerk setiap bulan beli bunga@coklat@Belanja Makan....Ade Berani???



Buta Jalan=Makan Buah Langsat


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kalau dah dikategorikan sebagai buta jalan, memang kenyanglah makan buah langsat… harapkan teksi boleh hantar ke KOMPLEKS 1 MONT KIARA, tapi punyala malang driver teksi tu salah dengar pi hantar ke KOMPLEKS MUTIARA…. Kita yang tak tau mana arah tuju dengar blur ikut jerk bila teksi tu turunkan kami…Dahla tu tanya orang semua bagi lain-lain direction, punyala susah nak sampai ke tempat yang di tuju…Lagi malang bila sampai tempat yang di tuju kedai tu dah tutup…argghhhhh…nasib baik ade N’yue yang teman, kalau tak menangis tak berlagu sorang-sorang kat situ…wuhuhuuhu…. Mekasih N’yue….Kenangan kita makan buah langsat… 




berSALAMan



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia








Dah menjadi kebiasaan kebanyakan manusia, menerima lebih senang dari menolak.. Sama seperti situasi saya.. Dah tau bersalaman dengan bukan muhrim tu salah, tapi kadang-kadang bila datang dalam suasana yang terpaksa, contoh di kalayak ramai, serba salah nak menolak, sebab takut yang menghulur terasa malu… Tapi menyesal tu tetap ada….Kenapala susah sangat nak menolak…….. Bagaimana pulak cara anda menolak??? Atau menerima jugak seperti saya???




Notangan: Malam ni nak pi bercuti ke Langkawi dan terus balik kampung... So blog ni bercuti untuk beberapa hari…. Jangan lupa datang sapu sawang kat sini…..





PERMOHONAN SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Lepas dari bantuan RM500, skang ada plak Skim Amanah Rakyat..Asalnya tak faham sangat macam mana nak menyertai SARA ni, kebetulan tadi kakak kat office ajak teman pergi tanya pasal SARA ni, so skang nak kongsi dengan siapa yang belum tahu….






Pertama sekali nak ditekan kan, SARA ini untuk orang yang dah berkahwin sahaja yang berpendapatan kasar antara RM500-3000…Bagi yang menerima SARA ini perlulah membuka 2 akaun, iaitu (i) Akaun Maybank {sekiranya anda membuat permohonan di Maybank} dan (ii) Akaun 1 Malaysia….


(i)AKAUN MAYBANK
Setelah permohonan di luluskan, RM5000 akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Tetapi duit tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas 5 tahun. Pembayaran balik sepanjang 5 tahun adalah RM84 sebulan..


(ii)AKAUN 1 MALAYSIA
Bantuan RM 134 akan dimasukkan setiap bulan dalam akaun 1 Malaysia sehingga tempoh 5 tahun iaitu sehingga duit pinjaman RM 5000 dikeluarkan.


Kesimpulannya, bila ditolak di tambah, tak yah susah-susah fikir macam mana nak bayar setiap bulan. Guna je duit RM 134 yang diberi dalam Akaun 1 Malaysia untuk bayar pinjaman Maybank RM84, maka lebih lagi si disitu RM 50 untuk dibuat belanja… 


TAPI INGAT, “PERMOHONAN AWAL DIDAHULUKAN”… 50% Bumiputra, 30% Cina, 15% India, 5% Lain-lain…So Sape cepat die dapat……




My WeddinG ~~ 21.1.12


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia























Credit to Photographers: AzmieSulaiman Photography, Ja Ismail, Kimi Hassan



L.O.V.E


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Do Not Love The One Who Doesn’t Love Allah, If They Can Leave Allah, They Will Leave You…

Imam Shafee’i

Notangan: Sedangkan menikmati minggu terakhir berstatus “bujang” hihihihiihii…





rezeki hari rabu


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Alhamdulillah murah rezeki hari ni sebab

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Dapat buah limau…wuhuhuhuuuuu…….




SApe yang dah dapat berkotak-kotak tu boleh la hantar sini sikit...hihihiii..



Kawan




Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


3 KaTeGorI KaWaN.


SATU
Kawan yang datang masa kita senang, (contoh dah ada kereta ramai la dekat, leh tumpang pi kuliah)…tapi bila dah susah, dah jatuh miskin lari ntah ke mana…..




DUA
Kawan yang timbul masa kita susah hati , (contoh kena buang kerja, bercerai, putus cinta, kena maki dengan bos), sibuk nak tau kenapa, tapi bila kita senang hati (contoh, naik pangkat, berkahwin, bersalin) takde plak nak ucap tahniah.




TIGA
Kawan yang datang masa kita senang, tapi bila susah dia tolong...Kawan yang bila sedih dia sejukkan, dan bila gembira dia pun turut gembira….





Haaa kalau tengok mesti semua nak KAWAN yang No 3… bukan senang wooooooo nak jumpa yang No. 3…tapi sebelum memilih, apa kata kalau fikir sejenak, adakah kita sendiri pun dikategorikan dari golongan No. 3???




Hat-Yai 2: The Regency Hotel


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Betul la orang kata kalau nak cari maklumat di internet tak semuanya betul.Sama juga dengan hotel yang kami tinggal di Hat-Yai tempoh hari, kalau tengok di internet memang cantik. Kalau tak salah maklumat yang saya dapat The Regency Hotel adalah hotel yang bertaraf 4 bintang… Bila kami mula-mula aje sampai di hotel tu tengok bahagian lobi memang cantik… tapi bila dah check in, da masuk bilik……….

Karpet agak berbau, mungkin air hujan masuk sebelum ini, dan dibiarkan mendap begitu sahaja

Tingkap berhabuk dan berkulat ….

Tab mandi kelihatan sedikit retak, mula-mula masuk dah nampak lipas kat dalam tab mandi, so boleh bayang la kan bagaimana tahap “kebersihannya”…

Terdapat 2 kolam mandi, yang satunya cantik walaupun agak dalam...tapi lagi satu kolam kelihatan kolam yang agak lama terbiar sebab dah tak nampak dasar, warna air juga bertukar menjadi hijau

Services agak teruk, salah sorang staff mengadu air cond tak berfungsi..Call bahagian counter langsung tak di angkat, bila terus ke kaunter 3 kali buat aduan tapi still tak Nampak batang hidung..

Kebiasaan hotel provide free wireless, tapi kat hotel ni perlu bayar terlebih dahulu barula diberi password.


 Salah satu kolam yang terbiar..



Suasana di lobi hotel


Secara keselurhanya memang agak tak memuaskan, tapi kami pun takde la nak complaint lebih-lebih sebab company sponsor, kalau duit kami sendiri memang kaw kaw pi marah kat kaunter… Pape pun terima kasih gak kat BOS sebab support kami semua, we really enjoyed our trip…


Jemputan ke Majlis Kesyukuran



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Dengan Penuh Kesyukuran saya ingin menjemput rakan-rakan bloggers terutama yang berada di KELANTAN untuk memeriahkan lagi Majlis Kami pada 21 Januari 2012 di Bachok Kelantan... Yang Dekat di Nanti Yang Jauh Di Alu-alukan…. Doakan Majlis Kami Berjalan Dengan Lancar serta Diberkati oleh Allah…  













Happy New Year!!!


Happy New Year!!!

 Moga kehadiran tahun 2012 mengubah kita semua menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya… AMIN..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...