My First Real Job

1 Disember 2010… maka tercatatla satu lagi sejarah permulaan kerja dalam bidang library.. aku di terima bekerja di sebuah kolej swasta…Kasturi College International sebagai librarian. Alhamdulillah selesainya convocation sehari sebelum, esoknya terus mula kerja.. Mula-mula aku masuk dekat kolej tu rase takut jugak, sebab kt dalam tu pelbagai bangsa ada, dan apa yg paling membuatkan aku lemah semangat sbb hampir semuanya speaking English, sedangkan aku lemah dan tak berapa berkeyakinan dalam bab tu… tapi bila fikir-fikir, sampai bila mau lari kan, sekarang ni kat mane2 pun english memang penting… jadi aku buat keputusan aku sahut cabaran ini, mungkin inila masa yg sesuai untuk aku cuba dan belajar tanam keyakinan dalam diri.. insyallah moga aku dapat mengubah sedikit sebanyak kelemahan diri…

Itu perkara pertama, perkara kedua plak dulu kat situ ade 2 library satu sampai kul 6 ptg dan lg satu smpai 8 malam…pada mulanya aku di tempatkan di library yg smpai 6ptg, tapi setibanya aku di situ ader sedikit masalah dan aku di tempatkan di library yg sampai 8 mlm.. apa yg bermain dalam fikiran aku, balik malam2 sorang diri, aku memang seorang yg penakut… yela zaman sekarang orang lebih takutkan manusia dari hantu(Allah lebih utama)… walaupun jarak antara rumah dgn lrt jln kaki lebih kurang 10 minit saje, tapi aku rasa lebih selamat ambik teksi balik drpd jalan sorang diri di malam hari, tambangnya pun upah duduk je RM3, tak sempat gerak pun meter nye , tapi tak pela….. insyallah semuanya selamat, mudah-mudahan…..

Perkara ketiga plak, dalam library tu aku sorang saje, aku la ketua aku la assistant..nak tukar dari manual ke system, nak masuk kan buku satu persatu dalam sistem, nak buat barcode, call number pun banyak xde…. ahhhhh banyak betul kerjanya, tapi Alhamdulillah system yg dia guna adalah system yg aku buat masa final project dulu, Cuma bezanya dulu grouping dan sekarang sendiri saja… tapi takpela perlahan-lahan…bila fikirkan balik bagus jugak, sekurang-kurang nya tak dela bosan xde keje dalam library tu, apa yg ade dalam fikiran aku sekarang tak sabar nak habis masukkan semua buku dlm system, so lepas ni senang la sikit tak yah guna manual dah…

Dan akhir sekali harapan aku, aku berdoa dan doakan aku agar semuanya berjalan dengan baik, doakan agar aku sentiasa dilindungi Allah dari segala musibah yg tidak baik, dan doakan aku Berjaya dalam kerjaya ini, insyallah….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...