My Little CHipMunks

Saya suka chipmunks, saya rindu chipmunks, saya ade 3 chipmunks...... Ni dier chipmunks saye...........

@
@
@
@
@
@
@










Arrghhhhhh rindu mereka...........

Cara Meningkatkan Kelajuan Maxis Broadband

Lepas tukar Maxis Broadband dari 1.5G ke 3G tempoh hari, rase bengang sangat-sangat sebab internet bukan makin laju, tapi makin slow... Orang yang promote broadband ni dlu pun, ishh tak nak la aku menyumpah kat sinikan, tapi hakikat masa promote telefon skali bunyi jerk terus angkat, skang telefon sampai nak meletup pun haram nak angkat... So aku pun telefon Maxis Center, alhamdulillah lepas diajar macam mane nak buat, broadband ni makin laju.... tak tau la kalau korang yang guna Maxis Broadband da memang setting betul, tapi yang bermasalah macam aku, aku nak share la sikit macam mana nak setting dengan betul.....

CARA-CARANYA

L1: Cabut B.band dan cucuk kembali di port yang berlainan..

L2: Buka icon Maxis tapi jngan connect dulu.

L3: Click TOOL kat atas skali

L4: Click OPTION

L5: Click NETWORK

L6: Click NETWORK TYPE

L7: Kat network type pilih WCDMA only
Kat Band pilih ALL

L8: Click Apply pastu OK

L9: Click plak kat REGISTRATION MODE, pilih MANUAL SEARCH pastu REFRESH

L10: Pilih MY MAXIS 3G pastu click OK..

L11: OK selesai yang MAXIS Icon ni jangan connect lagi, buka Internet Explorer

L12: Click TOOL kat atas skali, pastu pilih INTERNET OPTION

L13: Pilih GENERAL kat atas tu..

L14: Kat BROWSING HISTORY tu TEKAN DELETE

L15: Mark sume kotak, pendek kata nak delete semua

L16: Pastu tekan DELETE..

L17: Ok selesai, pergi balik kat ICON MAXIS dan CONNECT..

L18: Cuba Tengok ade perubahan ke tidak..


P/S: Aku cuma share ape yang MAXIS ajarkan untuk aku jerk, sebarang masalah dan kesukaran mintak maaf bebanyak yerk....

SEKIAN..

Yeehaaaa!!!! Broadband baru!!!!!

Broadband Baru,heeeeeeee

Wah sejak broadband bermasalah akhir-akhir ni tak sempat nak baca entry bloggers yang lain, dah berapa hari terlepas nak baca...hehehhee... yela kalau kat opis tu boleh buka sekejap-sekejap jerk, tak syok tak leh nak kusyuk...skang broadband baru da sampai boleh la sambung membaca....tapi rasenye malam ni pon boleh baca cikit jerk...coz penat hari ni bateri low dan mata da tersangat ngantok...hehehe.... Yaa... masa untuk membaca sebelum bateri habis...

Aku Bahagia..



Memandangkan hari ni cuti dan banyak masa terluang maka aku mengambil kesempatan ini untuk mengarang blog ini.... Ermmmm macam nila kalau cuti tak sama dengan orang, nak berjalan pon tak de teman, maklumla bila orang lain bekerja kita cuti, bila orang lain cuti kita kerja plak....Berbalik pada tajuk di atas... setelah puas berehat hari ni, tiba-tiba terasa dan terfikir.... bahagia ke aku sekarang??? YAAA..... Alhamdulillah aku bahagia dengan ape yg aku ade sekarang.... tak lebih dan tak kurang....

Aku bahagia mempunyai ma dan abah yang selalu memberi sokongan.. teringat plak setiap kali balik ma selalu pesan "kalau tak de duit bagitau...mintak".. wah, aku ni bukan student lagi la, aku ni seorang wanita yang dah bekerjaya, walau sengkek macam mane pon aku kat sini, aku takkan mintak duit dengan ma abah, MALU....heeeeeee.... tapi mungkin.... satu hari nanti bila keadaan da betul-betul mendesak, tapi setakat ni alhamdulillah, masih boleh dikawal. TERIMA KASIH AYAHANDA & BONDA...

Aku bahagia dikelilingi kawan-kawan yang banyak hiburkan aku... Yela macam dalam entry Muhasabah Diri yang aku post sebelum ni, tak semua pun sempurnakan...termasukla aku sendiri.... tapi yang aku tau aku happy dikelilingi kawan-kawan yang selalu buat aku gelak.... TERIMA KASIH KAWAN...


Aku bahagia disamping tunang yang selalu ambik berat tentang aku, walaupun kami berjauhan... Hidup ini rase terisi dengan kehadiran beliau.... Cukup sekadar borak di telefon... percakapannye selalu buat aku gelak...hahahhaaaaa...Harap ianya berterusan sampai bila-bila..... TERIMA KASIH EN TUNANG...

Aku bahagia dengan kerjaya aku sekarang.... Walaupun aku bukan seorang professor, bukan jugak seorang doctor, tapi aku bersyukur sangat, ade gak company yang nak amek aku bekerjakan...hehehehehee... maklumlan fresh graduate, tak de pape pengalaman.... Alhamdulillah sekarang kontrak dah habes, daa di serap tetap pun.... Aku happy dengan setiap sumbangan tenaga dan perubahan yang dapat aku buat kat library tu... TERIMA KASIH EN MANAGER...

Yang Paling Penting Sekali TERIMA KASIH YA ALLAH kerna memberikan KEBAHAGIAN ini.... kate orang ALLAH sentiasa menguji, hari ni bahagia tak semestinya esok lusa bahagia... Tapi aku tetap bersyukur kerna diberi kesempatan untuk merasa BAHAGIA...

Takde pape yang menarik, hanya ingin berkongsi kebahagiaan ini bersama... TERIMA KASIH kepada yang sudi membaca....

Giveaway Pertama & Peluang Join Bloglist Muhammad Burn

Setelah ianya datang menjemput, so malam ni rase nak join lagi satu contest...haaa ini dier contestnyer

@
@
@

@

Contest 2 Dalam 1


Caranye senang ajek cuma perlu komen di blog
*Syurga itu indah* + *A geekz life*...Blogger yang meninggalkan paling banyak komen di 2 blog ini secara automatik mendapat tempat pertama.

Syarat-syaratnyer:

1. Warganegara Malaysia – 1 Malaysia.

2. Follow Blog Syurga Itu Indah & Blog A Geekz Life - tak nak follow pun takpe, tp susah la nak tau update terkini daripada mereka.

3. Buat satu entry anda join contest ni dengan tajuk “
Kontest Dua Dalam Satu” - letakkan link entry tersebut di bahagian komen sticky post beliau.


4. Macam Biasa, copy banner (gambar), letak diatas entry dan letakkan juga link ke blog beliau.


5. Tag sekurang-kurangnya dua orang blogger yang aktif - pastikan mereka tahu mereka telah di tag.


Maklumat lanjut sila tekan *Contest Dua dalam Satu*
Haa senang jekan..


2 orang yang nak tag:

*zie*

&
*akmal*

Selamat mencuba


MUHASABAH DIRI

RENUNGAN BERSAMA..


Kadang-kadang sukar untuk kita nilai kesalahan diri sendiri….

Kita banyak tidk berpuas hati dengan orang lain

Tapi pernahkah kita fikir, berapa ramai orang yang tidak berpuas hati dengan kita


Kita marah bila orang tegur kesalahan kita,

Dan mengganggap orang itu mungkin cemburu,

Tapi pernahkah kita duduk dan berfikir sejenak

Apa motif diperkatakan sebegitu…


Kita sering merasa bahawa ape yang kita buat adalah yang terbaik

Tapi pernahkah kita tahu, kadang2 aper yang terbaik bagi kita

Adalah yang baik bagi org lain

Di mana yang terbaik bg orang lain adalah yang belum kita capai…


Kita sering merasa apa yg kita dapat

Tak setimpal dengan apa yg kita buat

Tapi pernah kah kita sedar

Sebesar zarah itu adalah lebih baik dari langsung tidak marasa apa2..


Kita cepat berpuas hati dengan apa yang kita capai

Tp jarang kita bersyukur padaNya yg mengangkat kita ke atas…

Sedangkan apa yg kita ada bukanlah hak kita semata2…


Sedarlah kita bahawa kita hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan

Jangan selalu meletakkan kesalahan pd org lain

Malah nilai lah diri sendiri seadanya

Renungkanlah setiap peristiwa dalam hidup kita

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian


~SEKIAN~

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, walaupun bermacam dugaan datang sebelum pulang termasuk tayar bas pecah masa dalam perjalanan pulang, akhirnya selamat pulang dan selamat balik ke sini semula.... Syukur jugak sebab Majlis menyambut adek pon selesai dan selamat sudah.. Dan sekarang kembali bekerja seperti biasa, juga sedang menanti cuti yg seterusnye, hehehehe.... Harapan aku agar hubungan adek yg dah dibina sentiasa diberkati Allah, insyallah.....

Majlis Akad Nikah

Majlis Persandingan sebelah perempuan


Haa iklan jap ni aku tengah betulkan ape yg patut

Majlis Menyambut Menantu


Moga kalian berdua bahagia dan kekal dunia akhirat k..

H00 H00 Balik Kamp0ng...


Minggu ni adala minggu balik kamp0ng.... wah tak sabar rasanya, dah lama tak balik, rindu kampong, rndu ma abah, rndu tunang saye heeeeeeeeee...... Tapi tujuan asalnye... adik aku kawen... adikkkk???????????????? ya adik aku, haiiiii napela adik kawen dulu, stressssssss.... xpela da jodoh die berlari, jodoh aku merangkak, ape b0leh buat...... janji aku bahagia dengan kehidupan sekarang... wah bet0l-betol menghitung hari nak balik, tak sabarnyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memandangkan minggu ni da mula minggu cuti sekolah, so selamat bercuti la ye, yang nak balik kapong selamat pulang ke kamp0ng, saya doakan semuanya pulang dengan selamat...amin...

Poligami??? Sunnah @ Nafsu???




Malam ni tiba-tiba plak terfikir soal kaum lelaki, Poligami??? Betul ke diaorang kahwin ramai sebab sunnah??

“Hukum poligami dalam islam adalah harus tapi tidak digalakkan”

Dalam al-Quran pun ada menyebut bahawa menyatakan seseorang lelaki dibolehkan berkahwin dua, tiga atau empat pada satu masa. Namun begitu, jika seseorang lelaki itu bimbang tidak dapat melayani semua isterinya secara adil, maka berkahwinlah dengan seorang perempuan sahaja.
(An-Nisa’ 4: 3)

Tapi apa yang aku Nampak zaman sekarang, orang lelaki memandang adil itu hanya dari segi duit semata-mata. Asal ada duit boleh la kahwin ramai.. bila ditegur, jawabnya, “biarla, aku ada duit”… Rasa-rasanya ini dikategorikan mengikut sunnah @ mengikut nafsu?? Agaknya orang sekarang ni tak faham ke, adil tu maksudnya “SAMA RASA” bukan “SAMA RATA”…

Cuba renung kembali peristiwa antara Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Siti Sarah….Siti Hajar adalah isteri kedua, manakala SIti Sarah adalah isteri pertama, Siti Sarah mengizinkan Nabi Ibrahim Berkahwin dengan Siti Hajar adalah kerana beliau tidak mampu memberi zuriat, namun bila Siti Hajar dah mengandung, perasaan Siti Sarah bertukar menjadi cemburu… dan untuk MENGELAKKAN PERSENGKETAAN, Nabi Ibrahim menghantar Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail jauh di padang pasir yang kering kontang dan tak berpenghuni..

Cuba plak kita bandingkan dengan zaman sekarang, aku rasa kalau isteri pertama merajuk, suami mula la tak balik rumah, bawak isteri kedua melancong kat mane-mane, serabut katanya, nak hilangkan stress… bukan ker itu MENAMBAHKAN PERSENGKETAAN???

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah.” (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

So, tak takut ke wahai kaum lelaki, akhirat nanti mengheret pinggang dengan senget sebelah??? Aku tak nafikan mungkin ada yang memang tau dan betul-betul adil dalam berpoligami, so nasihat aku pada yang dah berpoligami, belajarla untuk menjadi adil, kalau yang belum dan tak yakin, tak payahla cari penyakit k….wassalam..


Contest Seunik Namaku


Malam ni aku nak join contest yg kedua... contest ni dianjurkan oleh blog *Secebis Bingkisan* ... Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan sila klik pada link blog di atas..


Haa ini dier gambarnya..


Siti Hajar

Disebalik cerita aku diberi nama Siti Hajar simple aje, sebab aku dilahirkan pada pagi Hari Raya Haji, Waktu tu semua orang tengah kalut nak sembelih lembu, tiba-tiba mak aku nak lahirkan aku, semuanya jadi kelam kabut, sampai terlepas lembu.. So nama ni di cadangkan oleh atuk aku sempena peristiwa Nabi Ismail yakni anak Siti Hajar yg hampir disembelih tapi ditukar kepada seekor kambing, dan kerana peristiwa itula kita menyambut HAri Raya Haji.. Ermmm ape yang istimewa nama aku erk... Walaupun aku tak setabah SIti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim yang ditinggalkan di padang pasir bersama anaknya Nabi Ismail, Tapi aku tetap di kategorikan seorang yang tabah... dan mungkin jugak nama hajar ni satu sebutan gak dengan batu hajaratulaswad, so ramai yang kata aku ni keras kepala, macam batu...heeeeeeeee... So rasanya ini sahaja yang nak di kongsi...


3 orang yang aku nak tag:

~Yana~

~Cik Gebu~

~Kertas A4~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...