BREAST PUMP: PUREEN to SNOW BEAR


 Assalamualaikum..

Dah puas guna cik google mencari jenama BP yg terbaik dan murah. Sebelum ni kakak ada hadiahkan electric BP jenama pureen.. Tak taula kalau saya tak pandai nak guna, tapi ia memang menyakitkan pada saya.. Lepas tu terus guna manual ajek.. hampir 6 bulan jugaklah guna manual.. So far ok cuma lama-kelamaan lenguh jugak rasa duk mengepam, terasa nak tukar ke electrik semula.. Cari punya cari terjumpa satu blog http://www.faliyanamomstore.com/ . Harganya berpatutan la jugak.. Kebetulan ada special offer single Snow Bear RM199 sahaja.. Apa lagi google cari feedback mommies yang pernah guna brand ni dan jawapan kebanyakan positif so terus beli. Kata empunya kedai brand snow bear dah tak keluar dah sebabnya Malish ambil alih, pump sama tapi jenama lain.. Ha yang tu kalau nak kesahihan kena cari sendiri la yek, saya pun kurang pasti.. Rakan sekerja kebanyakannya guna BP brand Malish.. Spectra pun ada jugak.. Alhamdulillah jenama Snow Bear ni pun ok, lembut dan tak sakit. Yang penting jangan berputus asa, terus dan terus berusaha,, InsyaAllah..



Snow Bear Electric Breast Pump 


~Selamat Mengumpul Stok Mommies semua~

PERGINYA ABANG TERCINTA

Assalamualaikum

Tanggal 4.9.2015, umur 49 tahun..... perginya abang sulong kami kepada pencipta alam.... Berat untuk terima tapi terpaksa redha... Dari muda dia banyak berkorban untuk keluarga..dia korbankan peluang belajar ke Mesir kerana tau ayahanda bonda tidak mampu....Dia kuat bekerja, dia gigih mencari rezeki, dia bangun dari kesusahan demi mengubah kehidupan keluarga kami...Dia berbakti pada ayahanda bonda, syabas abang, sebab tercapai impian hantar ayahanda bonda menunaikan haji dgn syarikat swasta....

Masih segar d ingatan sejak kecil hingga alam universiti, baju sekolah, baju raya, belanja bulan2.... semua abang yang tanggung...Tp dari aku bertunang, kahwin, sampai la bersalin.. langsung tidak ada dia dalam majlis... sibuk memanjang..Mungkin dah selepas berkahwin dia rasa tanggungjawabnya dah lepas..... maka jarang sekali dia contact aku.... Sebenarnya hati ini sedikit merajuk...... tapi apakan daya.. Allah lebih sayangkan dia.. Perginya tanpa diduga, sebak hati memandang ayahanda bonda yang selama ni kuat tp hampir rebah menitis air mata.. hilangnya tempat bergantung harap.. tidak sangka barangkali ank pergi duluu sebelum mereka... 

Ya Allah semoga setiap ibadatnya diterima Allah... Tempatkanlah dia di tempat orang-orang yg beriman.. AMIN...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...