TERIMA KASIH UNTUK AWAK...




26 August 2010, genap la aku 25 tahun.... da tua rasa nyer, mcm sekejap jek masa, nti2 tup tup da smpai 30.... terfikir plak dalam kehidupan umur 25 tahun ni, apala amal yg aku buat untuk menampung ketidaksempurnaan yg wajib. ntah2 mati esk lusa, takut plak rasa...

Walau apepun, tidak lupa terima kasih saya pd awak, terasa amat bermakna hari lahir tahun ni bersama awak, terima kasih lg sekali atas segalanya... harapan saya agar dapat sambut hari2 yg bermakna bersama awak sampai bila-bila... doakan agar Allah takdirkan jodoh kita bersama... amin

DENGGI

Berakhir sudah dugaan di bulan puasa, Setelah Seminggu aku berulang ke hospital, ambik darah, masuk air.... semuanya gara-gara denggi.. Satu hari aku termenung di hospital seorang diri, menitis jugak air mata, bukan kerana sakit sebab hari2 ambik darah dan masuk air, tapi terasa penat sangat... cuba bayangkan setiap pagi terpaksa menunggu giliran bersama beratus pesakit yang lain, dengan badan yg tak berapa sihat, lemah jek rasa, kenapa la tak tahan jek aku masukkan ke dalam wad, tak payah hari2 menunggu, hari2 kena cucuk masukkan air, smpai lebam tangan kiri kanan.. tapi itu mungkin dugaan aku di bulan puasa ini, banyak rancangan yg aku aturkan sepanjang bulan ramadhan ini, sempena nak menyambut hari raya, tapi apa kan daya, kita manusia hanya merancang... alhamdulillah, semuanya dah kembali pada asal, dah bertambah baik... Tapi agak fobia dgn nyamuk, huhuhuhu.... Moga Allah memberi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan serta dalam menghadapi dugaan yang mendatang...amin..

AZAM SEMPENA RAMADHAN

Dendam.....diam tak beerti mengalah, diam memendam rasa... memang kelemahan diri ini, susah untuk aku maafkan org, sedangkan saper la aku ini untuk menilai... kalau difikirkan balik ntah2 aku lagi banyak buat org kecik hati, aku pun tak tahu... azam aku sempena masuk bulan ramadhan pada bulan ini, aku nak buang semua yg pahit, buang semua benci, buang semua dendam, pendek kata aku ingin maafkan semua org yg pernah buat aku memendam rasa... begitula jgk aku ingin meminta maaf pada semua org yang aku pernah sakiti...Orang kata maaf adalah air yg dapat memadam api dendam... aku berjanji selepas ini akan cuba sedaya upaya, da tak nak memendam rasa, nak menjadi seorang yg pemaaf, moga jiwa ini akan menjadi lebih tenang.....insyallah, moga Allah permudahkan......


"Ya Allah, tutupkanlah aku pintu dendam, bukakanlah aku pintu kemaafan, sesungguhnya kemaafan itu adalah ubat yg paling mujarab untuk memadam dendam"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...