GERAM!!!!

Hari ni kerja aku rasa bengang sangat2.... kenapa la students kat sini degil sangat-sangat rasa nak cekik aje diaorang ni.... tak tau-tau lagi ke kat library tak boleh bising, larang sekali senyap sekejap pastu bising lagi..10 kali larang pun camtu la suasana nya, macam orang jual ikan kat pasar...ishhhhhhhhhh geram betul aku... dah la tu bawa limau yg cina fotostat tu bagi senyap-senyap, bersepah biji kat bawah meja... xtau ke library tak boleh makan???? Banyak lagi kerja nak buat, takkan aku nak mengadap korang ni setiap masa, nak berjalan setiap masa... students IPT ke camtu... Ye aku tahu mungkin tak cukup tegas, tak pandai aku nak tengking-tengking orang ni, tapi sekurangnya patuh la peraturan library... kalau betul pun nak makan senyap-senyap, ha kau bawak la sisa makanan tu kuar, jangan bagi aku tau korang makan, kan senang..... Dah la tu, sebelum balik terkejut aku tengok buku-buku kat rak, giler bersepah macam aku tak pernah kemas, terpaksa aku kemaskan sekejap sebelum balik, sakit mata memandang.. geram betul la rasa, degil nak mam.....rasa nak ketuk je kepala sorang-sorang kat meja...ishhhhhhhhhhhhh!!!!!! sabar jela... patutla akak kat situ cakap student india kat situ degil, baru aku tau mcm mane degilnya... Ya Allah, tabahkanla hati aku menempuh hari-hari yang mendatang...SABAR!!!!!!!!!!!

RenuNgan BeRsaMa


JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

(DARI DATO' DR.FADZILAH KAMSAH)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

MARISSA DAMIA



Aktiviti aku hujung minggu ni, jadi baby sitter kepada budak kecik yang bernama MArissa Damia, iaitu anak saudara aku, budak ni kalau tak kenal orang conform tak nak..aku sendiri pun sebab jarang jumpa, kena ambik masa jugak baru ok... budak ni tak pandai bercakap,baru beberapa perkataan dia tau, tapi banyak mulut...letih nya tidak tapi seronok ,yang paling geram sekejap aje ok nya, nanti bila pergi lagi, mesti da tak kenal...hampeh..hehehhee...tapi tak pela orang cakap practice make perfect...hahahaha...tapi jujurnya, seronok tengok budak-budak membesar depan mata... dari baru lahir, pastu pandai senyum, pandai gelak, pandai genggam barang..pastu dari meniarap, merangkak, berjalan, berlari... wah tengok anak-anak buah aku semua cam cepat aje membesar, cepat aje masa berlalu, tup tup da boleh berlari...mungkin itu la orang cakap anak-anak ni boleh hilangkan penat si ibu....ish tak kahwin lagi dah bincang soal baby..hahahaa... Pape pun aku bangga bagi kaum ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan berjaya serta memberikan ajaran yang sempurna..amin..

SaaT BerSaMaMu

Agaknya hembusan angin yg meniup saya ni datang dari hembusan nafas rindu nama saya yg awak sebut kot...heeeeeeeeeeee... tiba2 rasa rindu sangat2 kat si dia.. Disaat kami berjauhan, tiba-tiba teringat aku pada satu ketika... 22 November 2010, waktu si dia temankan aku naik ke KL, ambik jubah untuk convocation... Saat itu si dia baru baik dari demam, tapi mungkin kesejukan dalam bus, demamnya datang semula... waktu kami jalan-jalan di Bukit Bintang, matanya kelihatan merah, tapi masih boleh tersenyum mahu hiburkan aku, seterusnya kami pergi ke Times Square, matanya aku lihat merah dan berair, aku sentuh dahi si dia, makin panas, tapi masih menahan sakit, aku minta dia berehat di surau, tapi dia menolak.... sewaktu kami mahu makan nampak sangat dia tak berapa berselera nak makan, tapi still nak buat lawak., aku plak yg tak selera nak makan tgk dia.. aku ni kalau bab air mata memang la mahal... aku bukan jenis yg suka menangis..tapi kali ni aku tak tau kenapa rasa terharu, sebak, tak tahan sangat tengok keadaan dia, kalau aku berdaya nak ajer aku peluk tolong hilangkan rasa sejuk, tapi apakan daya...ntah kenapa tiba2 air mata boleh tumpah,aku kalah, tak terkawal rasa saat tu, sambil memujuk supaya dia berehat di surau, akhirnya si dia setuju... Aku telefon Ateh, kakak aku yg duduk kat Pandan Perdana, kebetulan dia MC hari tu, aku mntk tumpang sekejap sementara naik bus malam tu... Pastu kitorang naik train ke rumah ateh... sampai jek terus aku siapkan tempat tidur dan tuala basah supaya dia dapat berehat... malam tu sebelum naik bus aku mntak tolong ateh dan a.mus bawakan kami ke klinik, senyap2 aku bagitau doktor mnta suh bg injection....hahahaha.. bukan ape, takut demam tak baik jgk da naik bus nti., nasib baik ada diaorang, terima kasih sgt kat ateh dan a.mus.. alhamdulillah naik bus malam tu ok gak demamnya...pape pun terharu sgt kat si dia sebab selalu buat aku terhibur...terima kasih awak.... rindu sangat2... tak sabar nak balik jumpa awak...

UntUk AwaK:

TeRiMa KasIH SaYanG.. KeraNa Menyambut Aku SebeLum TerSungKur Ke Tanah, MeNiupkan Aku SemanGat, MenGheMbuSkaN Aku SiNar HaraPan, MenyaMbuNgkaN KemBali PuZZle Hati, Lalu MenanamKan Aku SaTu ImPian..........BAhaGia BersaMaMu Di DuniA daN AkhiRat...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...