MALAM | TARIKH | FADHILAT |
1 | 31 Julai 2011 | Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya |
2 | 1 Ogos 2011 | Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin |
3 | 2 Ogos 2011 | Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”. |
4 | 3 Ogos 2011 | Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. |
5 | 4 Ogos 2011 | Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin |
6 | 5 Ogos 2011 | Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama |
7 | 6 Ogos 2011 | Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman |
8 | 7 Ogos 2011 | Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam |
9 | 8 Ogos 2011 | Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W |
10 | 9 Ogos 2011 | Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat |
11 | 10 Ogos 2011 | Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa |
12 | 11 Ogos 2011 | Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama |
13 | 12 Ogos 2011 | Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan |
14 | 13 Ogos 2011 | Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat. |
15 | 14 Ogos 2011 | Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi. |
16 | 15 Ogos 2011 | Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga |
17 | 16 Ogos 2011 | Di beri pahala seperti pahala para Nabi |
18 | 17 Ogos 2011 | Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”. |
19 | 18 Ogos 2011 | Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus. |
20 | 19 Ogos 2011 | Di beri pahala para syuhada dan salihen |
21 | 20 Ogos 2011 | Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga. |
22 | 21 Ogos 2011 | Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan |
23 | 22 Ogos 2011 | Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga |
24 | 23 Ogos 2011 | Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan |
25 | 24 Ogos 2011 | Di hapuskan dari seksaan kubur. |
26 | 25 Ogos 2011 | Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun |
27 | 26 Ogos 2011 | Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar. |
28 | 27 Ogos 2011 | Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga |
29 | 28 Ogos 2011 | Diberi pahala seribu haji yang mabrur |
30 | 29 Ogos 2011 | Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku. |
Fadhilat Tarawih
Kongsi-Kongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Huwaa bagusnyaaa.... sama sama la kita ye di bulan ramadhan ini
@KERTAS A4 BLOG
insyaallah...
info yg bagus.. sama2 kita meningkatkan amal ibadah kita.. semoga semua amalan kita diterimaolehNya
jarang dah pegi terawih. Y_Y
semoga kte sama2 b'ibadah dengan penuh keikhlasan =)
tq coz share fadhilat2 nih...
selamat berpuasa...:)
waa..jadual yg bagus ni..tq2..
selamat berpuasa
@kemboja
amin..mudah2 an..
@| cik azeya |
jom pergi lagi tahun ni..
@deeya
amin...
@Papa Mifz
sama-sama, selamat berpuasa..
@sifu im
sama2, selamat berpuasa gak..
Post a Comment