Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..

Rasanya semua pun tau kan malam ni kita da masuk tangga 15 syaaban yakni MALAM NISFU SYAABAN.. Malam di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan pada buku baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).



Umat Islam digalakkan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.



Bila tiba waktu ni, saya terfikir, apalah amalan-amalan yang saya buat sebelum-sebelum ni, macam banyak yang kurang..takut plak rasa.. kalaula betul ramalan dunia ni kiamat 2012, subhanallah, pendeknya masa lagi nak kumpul amalan untuk akhirat..



Samala-samala kita membaca 3x yasin malam ni dan berdoa agar amalan kita semua di terima Allah.. Doakan saya agar Allah sentiasa bukakan pintu taubat untuk saya...

AMIN

11 comments:

Muhammad Izzwan said...

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

mindaKhayaLan said...

mula teringat dosa2 yang lepas..huhuhu..thanx..

dill said...

terima kasih atas ingatan :)

dill.

dak eina said...

nice sharing.. amin..

Muhammad Burn said...

byk ke sikit, jgn bimbang. yg pntg ikhlas, dan buat baik niat kerana Dia. Kerana kita memang sukakan kebaikan. bukan semata nk menunjuk. Bersihkan hati. InsyaAllah semuanya ok. :)

Papa Mifz said...

amin....doakan utk papa mifz jugak yer...:)

Mohamadazhan.com said...

salam, perkongsian yang baik, tak lama lagi ramadhan datang..moga ibdah terus bertambah dan konsisten, moga Allah merahmati semua =)

Jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

Aisyah Aina said...

manfaatkan malam tu betul2 kan :D

Nurnajwa said...

I missed this and I regret it! Huwaaaaaa~~~ T^T

sifu im said...

tingkatkan amalan..btw..org bachok??best la leh g pantai tiap2 ari

deeya said...

semoga sentiasa dibukakan pintu taubat untuk saye jugak .. mekaseh untuk peringatan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...