~Bila Budak Rumah Buat Hal~



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Apa perasaan anda bila hampir 2 bulan salah seorang dari budak rumah pulang ke kampungnya,  kemudian diam seribu bahasa, tidak memasukkan duit sewa rumah, tidak menyatakan yang dia mahu keluar dari rumah itu, dan tidak datang mengemas@ mengambil barang-barang serta pakaian yang ditinggalkan di rumah anda…. Dan apa yang akan anda buat bila jawapan akhir yang anda dapat..


“Saya mintak maaf saya tak dapat tinggal sana lagi, saya dah berhenti kerja, saya takde duit nak bayar sewa rumah ”


APA YANG PERLU KAMI BUAT……...?????

a) Senyum sambil halalkan duit tersebut @
b) Tunggu dan terus menunggu sampai dia bayar @
c) Campak barang-barang yang dia tinggal ke luar rumah @
d) Pergi serang rumah mak dia..



Notangan: Buat Baik Berpada-Pada,  Buat Jahat Berkali-kali…



SERAM


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

WARNING!!!   18SG!!!!!!!

Suatu pagi yang sunyi, di saat majority staff dan students sedang bercuti merayakan hari deepavali, aku berjalan ke tandas untuk melepaskan hajat kecil.. Sebaik tiba di tandas, aku dapati tandas tersebut dikunci dari dalam…bermakna ada seseorang di dalam.. maka terpaksa la aku menunggu untuk seketika...  Suasana agak sunyi ketika itu, tiada air kedengaran…. Tiba-tiba aku terdengar sesuatu………… SERAM…rasa macam tidak percaya, aku cuba mengamati bunyi tersebut…….semakin didengar makin jelas bunyinya…..BLOOP..BLOOP..BLOOP… ade sesuatu yang jatuh macam keretapi tanpa henti…


Aduyaiiiiiiiiiii sis, nak saya tolong ajarkan ker, kalau ye pun bukala air nak cover bunyi tuuu….hahahhahahahaha, dah hilang selera nak melepaskan hajat kecil, lalu daku meninggalkan dirimu… Biarla kamu dengan CARA kamu MENGHAYATI “KEINDAHAN ALAM” semester………………SEKIAN






 Notangan: TAHNIAH buat pasukan serta penyokong Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia semalam… SYABAS gak untuk Terengganu, anda bukan kalah, anda NAIB JUARA…


KERJA KERJA KERJA


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Sebut pasal kerja, tak semua enjoy dengan kerja masing-masing…sama la  dengan saya, bekerja dalam perpustakaan di bahagian kaunter, diulangi di bahagian kaunter ye,kang ade plak yang saman mengarut kat sini memang agak membosankan tambah-tambah tuan empunya badan jenis tak suka baca buku… jom tengok perbezaan suasana kerja di perpustakaan (bahagian kaunter) dengan office biasa (berdasarkan pengalaman)….




























~Apapun tetap bersyukur sebab di beri peluang bekerja di company sekarang~



Bila Gaji Isteri Lebih dari Suami


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Bila gaji isteri lebih dari suami …kadang-kadang isu ni jugak yang menjadi punca pergaduhan antara suami isteri..tambah-tambah bila Si Isteri dah mula bosan, setiap bulan beban atau duit belanja yang perlu dikeluarkan lagi banyak dari si suami, seolah-olah Si Isteri yang memberi nafkah kepada suami setiap bulan. Rasanya tak mustahil banyak pasangan begini tambah-tambahan lebih ramai graduan perempuan berbanding lelaki…


Pada saya tak salah pun, dah sendiri buat pilihan…so susah senang bersamala kan…Yang Si Suami ni plak, kalau dapat isteri camni pandai-pandaila amek hati, jangan duk selalu menengking je, sama-sama cari duit, sama-sama penat, so kerja rumah pun sama-samalah tolong…Si isteri plak walaupun gaji lebih dari Si Suami tak bermakna segala hal dalam rumah anda sebagai ketua, hormati hak suami sebagai pemimpin rumah tangga….Mudah-mudahan...



 Pasangan ni memang susah senang bersama, tapi setakat hubungan sepupu saje...


Hari ke-4 Kematian Gaddafi


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Kesian lak dengan Muammar Gaddafi, dah masuk hari ke-4 baru nak dikebumikan. Walaupun di letakkan di tempat sejuk, tapi mayat si mati didapati sudah mula bertukar hitam,berbau dan berair ….. Dah bedah siasat, berebut tempat pengebumian plak.. terseksa mayat si mati.. Jenazah si mati akan dikebumikan pada hari ini di tempat rahsia.. ingat nak letak gambar, tapi tak jadila, terasa macam mengaibkan si mati..


Merenung Masa Depan


Notangan:  Baru perasan semalam seronoknya cop buku bertarikh  17hb….. padahal hari ni dah masuk 25hb, bermakna semalam 24hb….adehhh…..

OTAK



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Dalam aspek penjagaan mata, sapa kata lelaki je yang akan pandang perempuan seksi?? Perempuan pun pandang per..... pandang sesama sendiri, tapi bukanlah dalam kategori lesbian. Maaf ye ianya bukan dituju pada sesiapa, tapi jujurnya pada diri sendiri.  Sebagai contoh ketika di dalam pengangkutan awam  sewaktu pergi dan pulang kerja… Mata mesti melilau tengok orang, dan masa tula otak ni mengeluarkan banyak persoalan, ada saja yang tak kena.. Walaupun persoalan-persoalan ni timbul hanya di dalam hati bukan keluar dari mulut, tapi ianya tetap keluar dengan niat, maksudnya dengan sengaja….



Maka hari ni saya terjumpa dua ayat di dalam sumber yang berbeza, di mana ia telah membuka mata hati saya, dan ini yang dapat disimpulkan :


~ “Jangan Terlalu Sangat Menilai Orang Lain, Nanti Kita Terlupa Kelemahan Diri Sendiri.”

~ “Jangan Memandang Rendah Pada Orang Lain Termasuk Dari Amal Ibadah Nya, Kerana Mungkin Dia Terlebih Dulu Di Angkat Ke Syurga Sebelum Kita”




Notangan: Perlu di ingatkan OTAK dan OTAK-OTAK adalah dua perkara yang berbeza..

  


Kisah Seorang Pak Cik Buta


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Di suatu petang yang damai, kelihatan  Adam(bukan nama sebenar) dan rakan-rakan sedang menghisap rokok sambil berbual di sebuah kedai kopi. Ketika mereka sedang rancak berbual. Tiba-tiba datang seorang pak cik buta membawa tisu menuju ke arah mereka…





PAK CIK: Mahu tisu nak??
ADAM:  oit, pak cik tu datang sini… bagi jela kesian pak cik ni. Lalu dikeluarkan 2 keping duit kertas bewarna biru.
PAK CIK:  Terima kasih nak, sambil menghulurkan tisu bewarna merah.
RAKAN ADAM: Pak cik, kami nak tisu warna biru ada tak ?
PAK CIKAda…sambil memasukkan semula tisu bewarna MERAH, lalu ditukarkan kepada warna BIRU.
ADAM & RAKAN:  $$$????!!!!!%%%%%%%

Notangan: Wahahahaha, buruk betul tengok lukisan tu, takde jiwa seni langsung..




Sikat Rambut


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

Credit to : Haryati Hasyim

MULUT


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia




Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…



Gara-gara mulut, kadang-kadang kita rasa apa yang keluar dari mulut adalah biasa, tapi menyakitkan bagi orang lain… Kadang-kadang kita hanya berniat untuk bertanya tapi secara kebetulan lak jadi mengata kat orang, kadang-kadang kita hanya bergurau, tapi orang lain dah terasa. Tapi kita tak boleh nak salahkan orang lain, sebab hati manusia ni tak sama, ada yang kecik ada yang besar. Pendek kat kadang-kadang diam tu lagi baik, tak pun kurangkan bercakap, cakap benda yang penting ajerk…ermmm agak-agaknya ada ke orang yang tarasa dengan saya ye, mulut ni asyik nak bercakap saja.. sedang mencuba kurangkan bercakap, kurangkan dosa..



Lelaki vs Perempuan


Agak-agaknya lelaki dan perempuan sape yang lebih penyabar?? Pada pendapat saya lelaki memang penyabar, tapi perempuan lagi lagi sabar… sebagai contoh, Lelaki suka bersikap tidak gelojoh dalam sesuatu perkara , cool je…tapi perempuan gelojoh, kalau boleh sesuatu perkara mesti nak siapkan dengan cepat. Jadi dalam perkara ni, lelaki dilihat sebagai orang yang sabar dalam melakukan sesuatu, tapi kalau dilihat secara lagi mendalam, perempuan lagi sabar sebenarnya, sebab terpaksa bersabar dengan kerenah lelaki yang sabar tak kena pada tempatnya…… SEKIAN




Notangan: Erggggkkkkkkk tiba-tiba rasa nak cekik orang, ade sape-sape boleh pinjamkan leher dia??????



Selamat Sudah


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Alhamdulillah selamat sampai ke KL walaupun dengan perasaan sedikit hampa sebab Kelantan gagal mara ke pusingan seterusnya…hihihiiiiiii, ermmm takpe sebab saya pantai timur jadi saya sokong pasukan pantai timur… hihihhihi... Peteh Terengganu Peteh..


Walaupun agak penat sebab pulang dalam masa yang singkat tapi Alhamdulillah banyak benda yang dah selesai, Penat yang berbaloi-baloi. Tak sempat nak blog walking, malam ni baru boleh berjalan perlahan-lahan .Tunggu saya terjah!!!!!!!!!!!!!!!!


Ya Beda Bedu~~


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Ya beda bedu…………. Esok tiba hari yang ditunggu-tunggu…… Doakan saya selamat pulang dan selamat Kembali…. yang paling penting doakan saya cepat sampai agar dapat tengok Perlawanan Bola sepak Kelantan vs Terengganu malam esok…. wuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…


Sumpah Saya!!!


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



Mak saya pesan jangan mendoakan perkara yang tidak baik pada orang lain, tapi hari ni boleh tak saya nak berdoa supaya students yang mencuri buku kat Library ni gagal tiga kali berturut-turut dalam peperiksaan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Petua yang Dilanggar


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Perut anda buncit??? Haa jom kita tengok sapa yang ikut dan sapa yang langgar petua ni.hhihiihihiiiiiiii


Petua menghilangkan perut buncit 


1. Makan perlahan-lahan
-kalau saya memang tak boleh makan perlahan-lahan, contoh sambil tengok TV ke… drama baru main 5 minit, saya da habis dah.  Kalau buat sesuatu, mesti nak siapkan dengan cepat.


2. Minum air yang banyak
-yang ni saya akui kurang air, kalau kat office, saya mengambil masa 2 @ 3 hari untuk menghabiskan sebotol air mineral kecil.


3. Mengurangkan pengambilan gram
-Kalau masak memang cuah la garam tu, tak sedap tawar-tawar ni.


4. Pengambilan serat
-Biasanya saya masak 1 lauk jerk, bab sayur ni boleh kira berapa kali masak.


5. Hindari sembelit
-Pernah dengar tak minum milo susah nak melepas???hihihihi, tapi milo tu jantung hati saya.


6.Bersenam
- Ermmmmmmm rasanya tahun ni tak lebih 5 kali kot…


So hasilnyaaaaaaaaaaa………..memang tak memuaskan… wuuuhuuuuuuuuuuuuu… Oleh itu renung-renung kan la dan selamat menginsafkan diri…

Peristiwa Sunat

Assalmualaikum & Salam 1 Malaysia


Bertanya seorang anak kepada ibunya:


Darwish: Ummi, sunat tuh sakit tak?

Ummi: tak sakit,mcm gigit semut jek (dlm hati,dah 2-3 kali tanya pasal sunat,ntah sape lah citer kat dia nih)

Darwish: Darwish tak nak sunat, takooot....

Ummi: kalau tak nak sunat tak boleh kahwin

Darwish: Darwish tak nak kahwin, Darwish malu.....

Ummi: ..................





Inila tuannya, Muhaimin Darwish, 5 tahun ...anak buah saya yang ke berapa ntah......

Stress ke saya??


Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia


Hari Isnin

“Aja kenapa hari ni, muka cam tak sihat jerk??”


Hari Selasa

“Nape hari ni, cam bad mood jerk??”


Hari Rabu

“You ok ke cik aja, nape muka cam tension ajerk??”


Hari Khamis

Bercuti dengan aman..


Hari Jumaat

“Akak nape Nampak cam stress jerk??”



Stress ke saya??? Kalau bertukar jadi……………………..Orang tanya lagi tak..




Notangan : Jom Download Bini-bini ku Gengster di SINI .....


Peminta Sedekah

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Sebenarnya da lama perhatikan tapi hari ni baru tergerak hati nak coret-coret di sini.. Kalau sape-sape yang pernah atau selalu turun Train kat Pasar Seni (mungkin di area lain juga) mesti perasan, ramai betul peminta sedekah kat situ, kadang-kadang sampai 5 orang…kira ramaila kan 5 orang di satu tempat.. Tapi secara jujurnya hampir setahun kerja di situ tak pernah satu sen pun saya hulur kepada mereka sebab saya rasa mereka tak layak untuk menerima. Mereka sihat, cukup segala fizikal, kenapa dengan cara itu nak cari rezeki. Bukanlah bermaksud nak menghina, tapi mereka masih muda, Sedangkan mak cik cleaner kat office saya umur dah 60 tahun tapi masih bekerja. Lagi baik saya belanja mak cik cleaner makan dari bagi diorang..Tak salah kan fikir camtu?? Yang lagi geli hatinya,bila satu hari tu si peminta sedekah ni siap gaduh sama sendiri, kalau tak salah telinga saya dengar, mereka gaduh sebab……. “ko amek port aku”… Emm ape boleh buat, opis kamu kat situ…



Notangan: Yahuuuuuuuuuu Esok cuti, malam ni layan Johnny English Reborn 2011….

4 kategori perempuan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Penilaian ini dibuat berdasarkan pemerhatian sendiri tanpa dirujuk dari mana-mana sumber, Andai ade yang salah tentang entry ini, sila beri pandangan, Insyallah saya terima dengan hati terbuka....


Pemerhatian

4 kategori Perempuan….

*Kadang-kadang bertudung serta solat

*Kadang-kadang bertudung tapi tidak solat

*Kadang-kadang tidak bertudung serta tidak solat

*Kadang-kadang tidak bertudung tapi solat



Kesimpulan

*Yang bertudung tapi solat belum tentu solatnya sempurna (yakin kah anda kusyuk 100% dalam solat??)

*Yang bertudung tapi tidak solat mungkin bertudung hanya kerana fesyen

*Yang tidak bertudung serta tidak solat masih tiada pegangan,

*Yang tidak bertudung tapi solat, masih tidak sempurna solatnya, kerana solat yang sempurna dapat mengawal diri dari berbuat dosa..



Notangan: Tak salah menegur yang kesalahan orang lain tapi jangan terlalu riak serta menganggap diri dah terlalu sempurna, kadang-kadang cukuplah sekadar memberi nasihat. Sama-samala kita memperbaiki diri sendiri..

Renungan Pagi....



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


DOA BERLINDUNG DARI KESAN BURUK DARI SUATU PERBUATAN.

“Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada Mu dari keburukan apa yang telah aku perbuat dan dari keburukan yang belum aku perbuat.”





"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"




"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Sumber:

Doa Pilihan Dari Al-Quraan & Al-Hadith

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...