~Bila Budak Rumah Buat Hal~
SERAM
KERJA KERJA KERJA
Bila Gaji Isteri Lebih dari Suami
Hari ke-4 Kematian Gaddafi
OTAK
Kisah Seorang Pak Cik Buta
Sikat Rambut
MULUT
Lelaki vs Perempuan
Selamat Sudah
Ya Beda Bedu~~
Sumpah Saya!!!
Petua yang Dilanggar
Peristiwa Sunat
Assalmualaikum & Salam 1 Malaysia
Bertanya seorang anak kepada ibunya:
Darwish: Ummi, sunat tuh sakit tak?
Ummi: tak sakit,mcm gigit semut jek (dlm hati,dah 2-3 kali tanya pasal sunat,ntah sape lah citer kat dia nih)
Darwish: Darwish tak nak sunat, takooot....
Ummi: kalau tak nak sunat tak boleh kahwin
Darwish: Darwish tak nak kahwin, Darwish malu.....
Ummi: ..................

Inila tuannya, Muhaimin Darwish, 5 tahun ...anak buah saya yang ke berapa ntah......
Stress ke saya??
Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia
Hari Isnin
“Aja kenapa hari ni, muka cam tak sihat jerk??”
Hari Selasa
“Nape hari ni, cam bad mood jerk??”
Hari Rabu
“You ok ke cik aja, nape muka cam tension ajerk??”
Hari Khamis
Bercuti dengan aman..
Hari Jumaat
“Akak nape Nampak cam stress jerk??”
Stress ke saya??? Kalau bertukar jadi……………………..Orang tanya lagi tak..

Notangan : Jom Download Bini-bini ku Gengster di SINI .....
Peminta Sedekah
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Sebenarnya da lama perhatikan tapi hari ni baru tergerak hati nak coret-coret di sini.. Kalau sape-sape yang pernah atau selalu turun Train kat Pasar Seni (mungkin di area lain juga) mesti perasan, ramai betul peminta sedekah kat situ, kadang-kadang sampai 5 orang…kira ramaila kan 5 orang di satu tempat.. Tapi secara jujurnya hampir setahun kerja di situ tak pernah satu sen pun saya hulur kepada mereka sebab saya rasa mereka tak layak untuk menerima. Mereka sihat, cukup segala fizikal, kenapa dengan cara itu nak cari rezeki. Bukanlah bermaksud nak menghina, tapi mereka masih muda, Sedangkan mak cik cleaner kat office saya umur dah 60 tahun tapi masih bekerja. Lagi baik saya belanja mak cik cleaner makan dari bagi diorang..Tak salah kan fikir camtu?? Yang lagi geli hatinya,bila satu hari tu si peminta sedekah ni siap gaduh sama sendiri, kalau tak salah telinga saya dengar, mereka gaduh sebab……. “ko amek port aku”… Emm ape boleh buat, opis kamu kat situ…
Notangan: Yahuuuuuuuuuu Esok cuti, malam ni layan Johnny English Reborn 2011….
4 kategori perempuan
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Penilaian ini dibuat berdasarkan pemerhatian sendiri tanpa dirujuk dari mana-mana sumber, Andai ade yang salah tentang entry ini, sila beri pandangan, Insyallah saya terima dengan hati terbuka....
Pemerhatian
4 kategori Perempuan….
*Kadang-kadang bertudung serta solat
*Kadang-kadang bertudung tapi tidak solat
*Kadang-kadang tidak bertudung serta tidak solat
*Kadang-kadang tidak bertudung tapi solat
Kesimpulan
*Yang bertudung tapi solat belum tentu solatnya sempurna (yakin kah anda kusyuk 100% dalam solat??)
*Yang bertudung tapi tidak solat mungkin bertudung hanya kerana fesyen
*Yang tidak bertudung serta tidak solat masih tiada pegangan,
*Yang tidak bertudung tapi solat, masih tidak sempurna solatnya, kerana solat yang sempurna dapat mengawal diri dari berbuat dosa..
Notangan: Tak salah menegur yang kesalahan orang lain tapi jangan terlalu riak serta menganggap diri dah terlalu sempurna, kadang-kadang cukuplah sekadar memberi nasihat. Sama-samala kita memperbaiki diri sendiri..
Renungan Pagi....
DOA BERLINDUNG DARI KESAN BURUK DARI SUATU PERBUATAN.
“Ya Allah, sungguh aku berlindung kepada Mu dari keburukan apa yang telah aku perbuat dan dari keburukan yang belum aku perbuat.”
"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Sumber:
Doa Pilihan Dari Al-Quraan & Al-Hadith