HANTUS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Ini bukan cerita dongeng tapi ia benar-benar berlaku sewaktu usia ini masih muda, pendek kata peristiwa dahulu kala di rumah sendiri.


PERISTIWA 1

Di suatu petang saya berjalan menuju ke bilik mak untuk mengambil sesuatu. Setibanya di bilik emak, saya merasakan ada sesuatu di dalam tandas bilik emak saya. Dengan perlahan saya membuka pintu tandas tersebut,owhhh rupanya kakak saya sedang duduk di atas toilet bowl sambil tersenyum pada saya. Tapi tiba-tiba je saya teringat rasanya kakak saya sedang duduk kat sofa di luar. Untuk mendapatkan kepastian lalu saya menjerit memanggil nama kakak saya, dan dengan sepantas kilat kakak saya menyahut dari luar, maknanya yang tersenyum tadi hanyala jelmaan semata-mata, apa lagi larila!!!

KESIMPULAN: Dunia ni bukan manusia jerk yang bertopengkan syaitan, syaitan pun bertopengkan manusia gak…hihihihi



PERISTIWA 2

Setiap malam kami dihantui oleh hantu kuku biru. Bila menjelang je tengah malam ade kuku yang bercahaya biru akan mencakar-cakar tingkap kami. Jadi boleh dikatakan setiap malam la ma abah akan membaca apa yang patut.

KESIMPULAN: Manusia di luar sana tak payahla nak warna kuku warna warni, buat ape nak diikut dengan budaya Hantu.



PERISTIWA 3

Setelah bermacam ustaz dan bomoh emak dan abah pergi, suatu hari kami di beritahu malam itu adalah malam terakhir, malam penamat di mana yang BAIK akan berlawan dengan yang JAHAT. Maka pada malam itu saya lihat ada dua cahaya kalau tak silap berwarna biru dan merah sedang berperang. Rupanya tak dapat dilihat, tapi bentuknya seperti manusia mempunyai kepala, badan, kaki dan tangan.Masing-masing sedang memegang pedang panjang. Kesudahannya berpihak pada yang BAIK, dan selepas itu kami tidak lagi diganggu.

KESIMPULAN: Setiap cerita ada penamat, setiap masalah pun ada penyelesaaian.


Notangan: Saya tak pernah jumpa yang betul-betul punya, maksudnya dalam rupa yang sebenar, tapi kalau jumpa saya pengsan kot…hi3

16 comments:

Tukang Karut said...

meh aku jampi biar terbuka hijab mata kau untuk tengok hantu... hoho...

dill said...

kalau boleh, saye tanak tgk

dill.

zati embong said...

huhu..jat ingtkan yg 1st just khayalan aja je.huhu.takut2!

asfira aminuddin said...

babe, yg 1st tu betul ke babe? okay seram gila babee! boleh lemah semangat i kalo i kat tempat u.

delarocha said...

mintak simpang laaa... jgn jumpa

Ihsan Arifin said...

kalau jumpa betul betul piat je telinga hantu tu :D

riva'i said...

aku juga pernah liat.

Ct Aja said...

hihihihih...ini kisah betul2 laa....

ade2mama said...

asl x minta no.tel kt toilet tu tdy eheeh

hehehe..yg ke3 tu xfham la ehehee

belog|amiyo said...

buat entry ni macam nak jumpa betul2 je. :P

belog|amiyo said...

buat entry ni macam nak jumpa betul2 je. :P

H.J said...

insya Allah..dapat jumpa la tu..

msredcheesecake said...

jumpa nanti pengsan atas tilam supaya tak sakit ... heee... jgn la jumpa....

ssalam kenal yea

ekabukanmakcikkau. said...

jadi kesimpulannya ceghita kau yang peristawa 1 blah blah tu betul ke tak? kalau betul aku nak jerit skangggggg

khaifaiz said...

Euwww... semua ada kesimpulan... ambik ikhtibar dari kesimpulan tu.. huhuhu

Muhammad Burn said...

peristiwa satu tu dah jd biasa bg sy...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...