Hat-Yai 2: The Regency Hotel


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Betul la orang kata kalau nak cari maklumat di internet tak semuanya betul.Sama juga dengan hotel yang kami tinggal di Hat-Yai tempoh hari, kalau tengok di internet memang cantik. Kalau tak salah maklumat yang saya dapat The Regency Hotel adalah hotel yang bertaraf 4 bintang… Bila kami mula-mula aje sampai di hotel tu tengok bahagian lobi memang cantik… tapi bila dah check in, da masuk bilik……….

Karpet agak berbau, mungkin air hujan masuk sebelum ini, dan dibiarkan mendap begitu sahaja

Tingkap berhabuk dan berkulat ….

Tab mandi kelihatan sedikit retak, mula-mula masuk dah nampak lipas kat dalam tab mandi, so boleh bayang la kan bagaimana tahap “kebersihannya”…

Terdapat 2 kolam mandi, yang satunya cantik walaupun agak dalam...tapi lagi satu kolam kelihatan kolam yang agak lama terbiar sebab dah tak nampak dasar, warna air juga bertukar menjadi hijau

Services agak teruk, salah sorang staff mengadu air cond tak berfungsi..Call bahagian counter langsung tak di angkat, bila terus ke kaunter 3 kali buat aduan tapi still tak Nampak batang hidung..

Kebiasaan hotel provide free wireless, tapi kat hotel ni perlu bayar terlebih dahulu barula diberi password.


 Salah satu kolam yang terbiar..



Suasana di lobi hotel


Secara keselurhanya memang agak tak memuaskan, tapi kami pun takde la nak complaint lebih-lebih sebab company sponsor, kalau duit kami sendiri memang kaw kaw pi marah kat kaunter… Pape pun terima kasih gak kat BOS sebab support kami semua, we really enjoyed our trip…


14 comments:

dill said...

dah hijau air kolam tu aja..ya rabbi

dill.

haziqa said...

word of mouth

errm, indah khabar dari rupa.

L said...

huhu. biasa r tuh. indah kabar dari lupa. anyway last2 enjoy jugak kan percutian.. huuuu

terpatrisinarabadi said...

lak, kolam dah mcm air lumut dah..x pe lah..sekali tu je, sib baik pree..he3

zati embong said...

kalau ada org takut lipas,mahu x mandi,hihi.takut msuk toilet.

Rtp Farra Arisha said...

ini tidak patut terjadi. sepantasnya pihak2 berkenaan mengutamakan dan mendahulukan keselesaan pengunjung hotel tersebut...how very disappointed to see...:(

tapi di hotel tempat arisha menginap di provinsi pattani kemarin, that's totally good. tidak mengecewakan and the services are all okay! nanti arisha ceritakan pasal ini di blog for the next entry...;)

aamalinaazman said...

aduhaiiiii
ish2...byk jugak otel cenggini..
khabar bite lain
bile tgk depan mata lain
ish2
mang kene repot cenggini kan

customer owes true :))

syahirooAhmad said...

aduyai.. 1st time tahu rupanya ada gak hotel tahap gini..

msredcheesecake said...

Betul ke 4 bintang ni... Pelik ni...

Juliet_iRa~" said...

huishh pelik gak kolam tu airnya warna hijau..huu

mcm bukan 4* je...

Anonymous said...

haishh kotor tak selesa la kn tp bos sponsor xpe la kn

Unknown said...

teruknya...hurm mmg spoil kalo bercuti duit sendiri kena gini...

Unknown said...

indah kabar dari rupa la nih...papa mifz pun selalu terkena..huhu

semutsengal said...

honeymoon yaa ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...