Poligami??? Sunnah @ Nafsu???




Malam ni tiba-tiba plak terfikir soal kaum lelaki, Poligami??? Betul ke diaorang kahwin ramai sebab sunnah??

“Hukum poligami dalam islam adalah harus tapi tidak digalakkan”

Dalam al-Quran pun ada menyebut bahawa menyatakan seseorang lelaki dibolehkan berkahwin dua, tiga atau empat pada satu masa. Namun begitu, jika seseorang lelaki itu bimbang tidak dapat melayani semua isterinya secara adil, maka berkahwinlah dengan seorang perempuan sahaja.
(An-Nisa’ 4: 3)

Tapi apa yang aku Nampak zaman sekarang, orang lelaki memandang adil itu hanya dari segi duit semata-mata. Asal ada duit boleh la kahwin ramai.. bila ditegur, jawabnya, “biarla, aku ada duit”… Rasa-rasanya ini dikategorikan mengikut sunnah @ mengikut nafsu?? Agaknya orang sekarang ni tak faham ke, adil tu maksudnya “SAMA RASA” bukan “SAMA RATA”…

Cuba renung kembali peristiwa antara Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Siti Sarah….Siti Hajar adalah isteri kedua, manakala SIti Sarah adalah isteri pertama, Siti Sarah mengizinkan Nabi Ibrahim Berkahwin dengan Siti Hajar adalah kerana beliau tidak mampu memberi zuriat, namun bila Siti Hajar dah mengandung, perasaan Siti Sarah bertukar menjadi cemburu… dan untuk MENGELAKKAN PERSENGKETAAN, Nabi Ibrahim menghantar Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail jauh di padang pasir yang kering kontang dan tak berpenghuni..

Cuba plak kita bandingkan dengan zaman sekarang, aku rasa kalau isteri pertama merajuk, suami mula la tak balik rumah, bawak isteri kedua melancong kat mane-mane, serabut katanya, nak hilangkan stress… bukan ker itu MENAMBAHKAN PERSENGKETAAN???

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah.” (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

So, tak takut ke wahai kaum lelaki, akhirat nanti mengheret pinggang dengan senget sebelah??? Aku tak nafikan mungkin ada yang memang tau dan betul-betul adil dalam berpoligami, so nasihat aku pada yang dah berpoligami, belajarla untuk menjadi adil, kalau yang belum dan tak yakin, tak payahla cari penyakit k….wassalam..


12 comments:

dill said...

dalam banyak2 sunnah nabi, yang paling berat inilah yang diorang berlumba2 nak buat dulu. nape lah tanak cube buat yang senang2 dulu. asik nak bukak cawangan baru je

no offence.

Miss Dill^^

Ct Aja said...

betol2.... xfaham betul...

Muhammad Izuan said...

cinta x boleh dikongsi. so, say no to poligami. peace :P

Ct Aja said...

alhamdulillah, bagus2 kekalkan sikap itu...heheehe

amycozzo said...

Waa kalu bab ni SA no komen..kawin pon dop lagi.hihi

Yhantee said...

huaaaa kesasar sampai kenegri jiran.... salam kenal.... ^__^

Ct Aja said...

Amycozzo: y pon belom kawin,xpe kite share same2...

GAPURA ILMU said...

hanya lelaki tertentu yg mampu adil dalam berpoligami :) tapi kalau adil pun rasa x sanggup berkongsi suami :(

Ct Aja said...

bukan senang nak cari yang betul2 ikhlas nakkkan payung emaskan...

APAN said...

haha...dari pandangan pempuan camni la dorang pikir...
x abis2...
cbe la pecaye sket kat laki....

manusia mmg ade yg wat slh...bukan kire suami or isteri kot...
masing2 ade salah...

tah ar...lom plan nak poligami lagi... :)

Ismi Azraf said...

Hukumnya asalnya harus.
Dari penulisan ni ada betulnya sebab yang bermasalah bukan poligami tetapi lelaki yang nak berpoligami. Tapi bermasalah juga jika tidak menikah lagi satu sebab risau masalah zina pula dilakukan oleh lelaki yang sudah bernikah dan berzina sebab isteri pertama larang nikah. Ada baiknya jika mampu poligami secara adil iaitu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya maka sila poligami tapi jika tidak mampu maka laksanakan "tugas" hanya pada isteri.

Semasam Cuka bila bicarakan "Saman Ekor"

Ct Aja said...

@APan: bkn tak nak prcayala apan, just untuk renungan bersama, kalau yg rasa mampu adil dan mampu pikul t;jawab, ok go on jek, tapi yang rase xmampu baik jgn....takut nanti jadi lebih teruk n porak poranda...kakak saya pon bermadu, tapi alhamdulillah kedua2 belah isteri baik dan bahagia smpai skrg...

@Farisz: setuju 2... fikir baik2 dulu sebelum buat keputusan, biarlah niat pon betul, bukan kerana nafsu semata-mata...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...