Contest Seunik Namaku


Malam ni aku nak join contest yg kedua... contest ni dianjurkan oleh blog *Secebis Bingkisan* ... Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan sila klik pada link blog di atas..


Haa ini dier gambarnya..


Siti Hajar

Disebalik cerita aku diberi nama Siti Hajar simple aje, sebab aku dilahirkan pada pagi Hari Raya Haji, Waktu tu semua orang tengah kalut nak sembelih lembu, tiba-tiba mak aku nak lahirkan aku, semuanya jadi kelam kabut, sampai terlepas lembu.. So nama ni di cadangkan oleh atuk aku sempena peristiwa Nabi Ismail yakni anak Siti Hajar yg hampir disembelih tapi ditukar kepada seekor kambing, dan kerana peristiwa itula kita menyambut HAri Raya Haji.. Ermmm ape yang istimewa nama aku erk... Walaupun aku tak setabah SIti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim yang ditinggalkan di padang pasir bersama anaknya Nabi Ismail, Tapi aku tetap di kategorikan seorang yang tabah... dan mungkin jugak nama hajar ni satu sebutan gak dengan batu hajaratulaswad, so ramai yang kata aku ni keras kepala, macam batu...heeeeeeeee... So rasanya ini sahaja yang nak di kongsi...


3 orang yang aku nak tag:

~Yana~

~Cik Gebu~

~Kertas A4~


2 comments:

zie said...

owh baru zie tau kak aja lahir time raya haji..nasib girl leh letak hajar. kalau boy letak aidil mcm ank p.sdara zie. zie lahir bulan ramadhan..hehe apa2 pon thanks join ek..

Ct Aja said...

hehhehheeee.... owait, saje jek smbil nk menjayakan contest zie nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...