MARISSA DAMIA



Aktiviti aku hujung minggu ni, jadi baby sitter kepada budak kecik yang bernama MArissa Damia, iaitu anak saudara aku, budak ni kalau tak kenal orang conform tak nak..aku sendiri pun sebab jarang jumpa, kena ambik masa jugak baru ok... budak ni tak pandai bercakap,baru beberapa perkataan dia tau, tapi banyak mulut...letih nya tidak tapi seronok ,yang paling geram sekejap aje ok nya, nanti bila pergi lagi, mesti da tak kenal...hampeh..hehehhee...tapi tak pela orang cakap practice make perfect...hahahaha...tapi jujurnya, seronok tengok budak-budak membesar depan mata... dari baru lahir, pastu pandai senyum, pandai gelak, pandai genggam barang..pastu dari meniarap, merangkak, berjalan, berlari... wah tengok anak-anak buah aku semua cam cepat aje membesar, cepat aje masa berlalu, tup tup da boleh berlari...mungkin itu la orang cakap anak-anak ni boleh hilangkan penat si ibu....ish tak kahwin lagi dah bincang soal baby..hahahaa... Pape pun aku bangga bagi kaum ibu-ibu yang berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan berjaya serta memberikan ajaran yang sempurna..amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...