Hidup Umpama Coretan Skrip Drama,
Watak Berbeza Dalam Himpunan Pelbagai Kisah,
Hari Ini Mati Esok Hidup Kembali Di Bawah Drama Yang Berbeza..
Begitula Realiti Kehidupan, Andai Semalam Menjadi Satu Kebiasaan,
Namun Hari Ini Menjadi Luar Biasa, Mustahil...
Semalam Di Depan Mata, Hari Ini Menjadi Bayang-Bayang,
Terpaksa Menerima Walaupun Hakikatnya Masih Lagi Terkilan..
Betapa Hebatnya PENGARAH Alam Menguji Pelakon-Pelakon Dunia
Hanya Yang Memahami Dapat Mendalami,
Lagi Banyak Watak Yang Diberi,
Lagi Banyak Pengalaman Alam,
Lagi Banyak Ilmu Yang akan Melengkapi Kehidupan...
Jangan Terlalu Mengeluh, Jangan Di Tanya Kenapa,
Kerana Setiap Watak Akan Di Beri Ganjaran Akhirat,
Bergantung Kepada Kesungguhan Dan Keikhlasan
Melakonkan Drama Dunia,
Ketabahan Dalam Membawa Bekal Di Masa Hadapan...
Semoga Kita Semua Terus Tabah Menghadapi Cabaran
Pada Setiap Watak Yang Diberi...
Insyallah…
Amin.
4 comments:
dalam diam2 kita ni sebenarnya pelakon jugak..tapi tak masuk tv je...haha :D
sob sob sob sob...insaf-insaf...huhuhuhu
Amin T^T
kita pelakon ats pentas dunia (':
Post a Comment