Assalamualaikum & Salam 1
Malaysia…
Dah lama rasanya tak
berkesempatan nak up date blog, dah lama tak blog walking..tambah-tambah PC kat
office buat hal, hari ni terpaksa pikul laptop datang kerja…..
Dalam kesibukan merayakan hari
raya haji, hari ni baru teringat tentang Anugerah Skrin yang bosan tempoh hari,
nak gak tengok apa komen penonton, so buka la beautiful nara…. Skali terjumpa gossip
goal keeper Kelantan + Aweks + Botol Arak… Malas nak bergosip dekat sini,
lantakla betul ke salah ke itu urusan ko dengan Allah… Cuma agak terkilan bila
ada sesetengah manusia ni yang mengaitkan isu ni dengan “Orang Kelantan”…. Antara
komen-komen yang menyakitkan…
(1)
“muka merah padam cm
j**** beruk boleh plak xngaku minum arak kah3 orang2 kelantan yg sememangnya
orang kg bodo taktau ape boleh la ko bodoh2kan”
(2) “Kelantan dtg KL mesti mcm ni..poyo lebey”
(3) “puak2 kelantan mmg cm neh..maklumlah klate xdak tmpat hiburan
ye dak.dt KL poyo je. Kelantan negeri paling mundur dan rakyat Kelantan paling
teruk di Malaysia”
(4) “Betina and jantan Kelantan memang mcm tue..hodoh perangai
dia..tak ingat mak bapak kat kampung”
Orang kata kerana Nila setitik
rosak susu sebelanga….Memang saya tak nafi ada mereka yang lupa diri, tapi bukan
semua…Saya 8 tahun merantau tapi tak pernah nak jejak kan kaki ke tempat camtu….Sedih
rasanya baca komen-komen ni… Tak kisahla apa pandangan orang tentang Kelantan,
tapi saya tetap bangga di lahirkan di sini……

