Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Tempoh hari sempat interview seorang student dan seorang
staff, tapi bukanla secara formal, secara spontan sahaja… berdasarkan
penyelidikan spontan, baru la saya tahu, rupanya cara menderma orang-orang
India & Cina berbeza dengan Orang melayu a.k.a Orang Islam…
Kebiasaan orang islam, apabila mengutip derma untuk anak
yatim atau orang susah, Si Penderma akan menderma seberapa
banyak wang mengikut kemampuan. Kemudian duit tersebut akan sampai kepada Si
Penerima tanpa mengetahui siapa yang menderma dan berapa yang
didermakan…
Tapi berbeza denga orang India @ Cina… Setiap penderma perlulah
menulis nama mereka beserta jumlah wang yang hendak didermakan.. Hasil kutipan
akan diberikan kepada Si Penerima beserta dengan senarai nama
dan jumlah yang didermakan tadi..Ia bertujuan supaya suatu hari nanti, jika
sesuatu terjadi kepada Si Penderma, Si Penerima akan
membayar balik@ menderma, setimpal dengan jumlah yang telah
dikeluarkan oleh Si Pemberi tersebut…. Cara ini juga digunakan
dalam acara perkahwinan iaitu pemberiaan Ang Pau…


