Tanpa sedar…



Hari semakin hari berlalu,
Masa semakin cemburu,
Kotak fikiran semakin bercelaru,
Lidah semakin kelu.


Disaat kebahagiaan semakin hampir,
Aku leka mencari kesempurnaan,
Aku leka menempis segala cacat cela,
Aku leka mencari yang lebih baik,



Tapi aku lupa..
Bukan Kesempurnaan yang perlu dicari,
Bukan Terbaik yang perlu dipinta,
Bukan hebat yang perlu dikejar.


Tanpa sedar,
Tiada yang sempurna tanpa keizinan darimu,
Tiada yang lebih baik selain mendapat keberkatan darimu,
Tiada yang hebat selain menjalani ikatan kernamu,
Malah tiada JALINAN ini tanpa takdirmu…
Biarla kesederhanaan ini mendapat kemewahan restu darimu…AMIN







ANtara Dua



Asslamualaikum & Salam 1 Malaysia



Sekarang ni tengah confuse, tak tau apa keputusan terbaik…. Cuti Krismas ni, company buat trip ke Hat Yai selama 3 hari 2 malam…dalam masa yang sama, sebenarnya dah janji dengan En Tunang cuti Krismas dia nak datang cari barang hantaran kahwin kat sini….


Kata En Tunang: Tak kisah kalau nak pergi, tapi fikirla yang terbaik.. Kalau saya pergi, die akan tetap datang beli barang kat sini cuti krismas..



Kata Bos: Sapa tak pergi memang rugi, sebab kali ni memang company support semua kecuali makan. Bukan selalu ada trip macam ni……



Kalau anda di tempat saya, mana satu yang anda pilih………………





Menghitung Hari..


20.1.2012
Bersamaan 26 Safar 1433M


Doakan segala persiapan berjalan dengan lancar…Amin..




Kerana Tong Gas


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Peristiwa Semalam…


Kebetulan masa cuti semalam gas rumah kami habis…. Nak tak nak turun la kami ke kedai beli gas…kata pak cik kedai,  nanti ada orang akan hantar gas tu ke rumah… tapi sebaliknya plak yang jadi… Tiba-tiba pak cik tu call mintak turun bawah amek gas dengan seorang mak cik.. malas la nak gaduh-gaduh, jadi turun jela tolong mak cik ni angkat gas 12 kg sampai ke rumah…. Untuk pengetahuan, rumah kami TINGKAT 3 ye…. Sampainya di atas, tiba-tiba aje gas ni buat hal, tak nak masuk.. ntah apa kena dengan kepala gas ni… Makanya makcik tu mintak tolong dia angkat lagi skali gas turun bawah, nak tukar gas lain katanya….. 5 minit kemudian, datang la mak cik ni membawa gas yang lain, yang lagi BEST nya mak cik ni tukar gas yang lebih besar, 14 kg… maka angkatla kami gas 14 kg plak sampai ke atas…. Kesimpulannya.. Mintak maaf la pak cik, lepas ni dah tak nak beli gas kat kedai pak cik dah, taula mak cik tu pekerja indon pak cik, tapi agak-agakla suh orang tua tu angkat gas....lagi-lagi kami plak yang kena....hampeh..






Notangan: Akhirnya...yahuuu esok nak balik kampung, honestly ni la first time naik flight….kikikiki,  sorang-sorangla esok mencari pengalaman hidup….doakan saya selamat pulang & selamat kembali….




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...