BANG BANG BOOM

Minggu lepas kami bertiga dipanggil oleh penolong pegawai perpustakaan, mimik wajahnya ibarat mahu melepaskan sesuatu... berdebar-debar rasa apa sebabnya kami di panggil..

Lepas berkumpul, puan melepaskan rasa tidak puas hati pada hasil kerja kami sepanjang berada di bahagian beliau... Puan meminta kami bekerja lebih masa yakni mencari masa luar dari waktu kerja untuk memperbetulkan balik ape hasil kerja yg kami buat sebelum ni.. Marah? Sedih? Geram? Kecewa? semua bercampur aduk... kenapa kami yg harus dipersalahkan, sedangkan kami buat semua kerja tu mengikut aper yg telah di arahkan... tidak adil bg kami... nak tak nak, kami terpaksa bersetuju dan berjanji untuk balik lewat stp petang sehingga selesai memperbetulkan semuanya...

Dalam perasaan bercampur aduk tiba-tiba...........
BANG!! BANG!! BOOM!!

Puan menghulurkan 3 set Mc Donalds untuk kami, sebagai terima kasih kerana dapat menyiapkan tugasan yg diberikan dgn cepat... rupanya kami semua terkena!!!!!!!!!!! huhuhu.
walau papepun, itu adalah salah satu pengalaman yg akan kami simpan sbgai kenangan sepanjang berada di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor....


2 comments:

Anonymous said...

wahhhhh...bestnya...k.aja org nk gak. huhu

Ct Aja said...

huhuhuhu..jom turun s.alam akak blnja aiskrim McD cone py...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...