RESEPI PURI BAYI 6 BULAN

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi resepi puri bayi 6 bulan.....Sebenarnya confuse juga..sebab baca dalam group fb, bayi 6 bulan mesti diberi puri,7 bulan baru bubur nasi..tapi masa check up Afi 6 bulan misi pesan puri kenalkan untuk seminggu sahaja lepas tu boleh beri nasi, nanti berat badan bayi tak naik..emm so minggu pertama kenalkan Afi puri.. lepas seminggu terus bagi bubur nasi tengahari dan petang puri buah..

BROKOLI+SUP AYAM
~Rebuskan brokoli bersama ayam sehingga lembut..Kemudian angkat brokoli dan blend bersama air ayam yang direbus tadi..Last skali tapis bagi mendapat hasil yang lebih halus.


 BROKOLI+AYAM

PURI BROKOLI+AYAM

UBI KENTANG + KISMIS
~Rebuskan ubi kentang bersama kismis sehingga lembut..Kemudian biarkan sejuk,angkat dan blend sehingga lembut. Last skali tapis bagi mendapat hasil yang lebih halus.

 REBUS UBI KENTANG + KISMIS



PURI UBI JENTANG + KISMIS

CARROT + KURMA
~Rebuskan carrot + kurma sehingga lembut..Kemudian biar sejuk, angkat dan blend bersama air rebusan sehingga lembut. Last skali tapis bagi mendapat hasil yang lebih halus.



 REBUS CARROT + KURMA


PURI CARROT+KURMA



SIAP STOK UNTUK SEMINGGU

Walaubagaimanapun, stim adalah lebih baik dari merebus... Bila dah nak bagi bubur nasi..masukkan je puri dlm nasi  then blend bersama kemudian tapis... SEMOGA ALLAH MEMBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK ANAK2 KITA..

1 comment:

dear anies said...

wahhh banyak juga tu ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...