Suasana Dalam LRT


LRT atau bahasa panjang nye Light Rail Transit.... satu kemudahan yang disediakan untuk penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain... begitu jugak aku, LRT adalah kenderaan yang aku gunakan untuk aku berulang alik ke tempat kerja... kadang-kadang kalau kat KL ni, orang yang dah ada kenderaan sendiri pun gunakn LRT kan, maklumla kalau ikut highway jam..

Rutin aku harian sepanjang kerja, aku suka tengok orang-orang dalam train, pelbagai gaya, pelbagai cara... ada yang main game, ada yang baca buku, ada yang baca newspaper, dan tak lupa ada gak yang buat kerja dalam train, siap buka laptop lagi... memang orang camni jenis orang yang tak suka membazir... kalau sape-sape yang pernah tgk movie "Three Idiot", seorang lecturer yang sangat suka menjimatkan masa, sampai setiap kemeja dia pasang zip, tie pun pasang penyangkut senang nak sangkut kat baju, latih kedua belah tangan menulis serentak, betapa pentingnya masa, dan agaknya macam tula kot diaorang ni siap bekerja di dalam train...

Apa boleh buat kalau da hobi kan....


Ni orang yang betul-betul sayangkan masa



"Three Idiot Movie" sape yang tengok mesti gelak..


Perkara yang paling aku seronok tengok setiap waktu pagi, yang takde pape nak buat tu, haa mata nya mesti pejam, tak kisahla berdiri kat tengah-tengah ruang sekali pon, sempat lagi tidur, macam-macam gaya ade...tapi aku yakin, diorang ni mata jek pejam, tapi xdela betul-betul tidur kan, karang tersungkur plak...hehehheee

Pastikan deodorant sentiasa dipakai sebelum naik Train or Bus


Berbalik pada cerita asal, aku sebenarnya tak kisahla diorang nak buat apa dalam train pon, tapi aku cukup tak faham bila orang da ramai, dah terasak-asak, tak yah la nak baca buku ke apa, kalau duduk takpe la, ini berdiri, pastu bila dah terasak-asak, dah terlanggar, da tunjuk muka tak puas hati...ish ish ishh... da tau tengah ramai dah terhimpit-himpit berhentila kejap kakak or abang oiii.....
Ha kan da terhimpit tu...


Dalam tak puas hati pon aku cukup kagum dengan rakyat Malaysia, menjadi jugak la kiranya campaign@ iklan iklan, supaya lebih menghormati org yang lagi memerlukan... yela setiap kali masuk jek pregnant woman ke, pak cik @ mak cik yang da tak berupaya ke, diaorang yang duduk terus jek bangun dan bagi pada yang lebih memerlukan... kat foreigner skali pon diorang mengalah, masa tu dalam hati aku... "wah mesti bila diorang balik negara sendiri nanti diorang puji baguskan rakyat Malaysia ni kan, prihatin" heheheheh..


Jadila orang yang prihatin pada yang lebih memerlukan....



SEKIAN

3 comments:

geekz36 said...

tapi Readers Digest cakap rakyat Malaysia. teruk. camne tu?

Ct Aja said...

A'ah, klu nak d bndgkan rkyat kt dgn ngra2 lain mmg kt jauh lg teruk, xde disiplin,tp x semua segi cm2kan, de gak sebilangan yg ok,tp yela org menilai ssbuah negara 2 bkn mengikut kelompok, tp scara keseluruhan....

beym said...

rindu naik lrt.. skrg da hbs bljr da x merasa naik lrt lg.. ;(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...