ADIL

Adil... bukan setakat di bibir, cakap memang mudah, tapi susah jugak sebenarnya.... kadang-kadang kita rasa susah untuk mendapat keadilan, walaupun kita da berlaku adil... ataupun, walaupun kita tidak berlaku adil tapi apa yg kita dapat sentiasa adil... adil di sini bukan beerti adil sebab kahwin dua, tiga atau empat...tapi dari banyak segi....

Adil dari segi kasih sayang keluarga... kenapa kadang-kadang kita lihat seorang ibu atau ayah tidak dapat berikan kasih sayang yang adil atau kata lain sama rata pada anak-anaknya, mesti ada yg lebih dan kurang... Dua helai baju di belikan sama design nya tetapi apabila 2 orang anak memakainya lain pujian diberikan...

Adil dari segi masa... kenapa kadang seorang suami lebih pentingkan kerja dari luangkan masa bersama isteri, seorang isteri sudah penat menguruskan rumahtangga untuk suami dan hanya perlukan sedikit masa serta kasih sayang suami,tetapi si suami asyik sibuk dgn krja..begitu jugak kadang-kadang kenapa si isteri lebih suka lepaskan tanggungjawab pada orang lain untuk menguruskan rumah tangga sedangkan suami penat mencari duit dan mengharapkan air tangan isteri sebagai penyejuk..

Lumrah manusia memang sukar berlaku adil.... yang lebih sedih bila adanya manusia yg tak tahu menghargai orang lain, pendek kata yg lebih pentingkan diri sendiri... Allah maha Adil, hanya dia yang berlaku adil...

BBQ RAYA





Walaupun tak semua ader pada malam tu,atas perancangan ateh, kami tetap meneruskan BBQ..... teringat pulak BBQ sebelum ni, biler semua ader, lagi kuat gelak tawa, lagi meriah, lagi seronok....tapi apakan daya... masing-masing pun sibuk... walau apa pun, BBQ semalam tetap meriah, kumpul banyak2 kenangan kita bersama...terima kasih ateh atas semua perancangan dan perbelanjaan....

PERISTIWA DI HARI RAYA



Raya ke-3 aku jemput dia datang beraya di rumah... tujuan asalnya saja nak mengeratkan lagi hubungan dia dgn keluarga aku.. tapi sy mintak maafla awak sebab di kepong dan bermacam soklan dituju, hahahahahaa..... nampak sgt macam tak selesa, malu di kepong agaknya... tapi alhamdulillah, seolah-olah keluarga dapat terima kehadiran dia dalam hidup aku, kemesraan tu tetap ader, berbeza skali rasanya... andai dia memang dijodohkan untuk aku, aku bersyukur sgt2 sebab keserasian banyak menyebelahi kami... Moga Allah panjangkan jodoh kami berdua..

.

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya... .

Akhirnya tiba jugak waktu perayaan ini... pejam celik pejam celik lepas gak hari nie... berdosakah aku andai aku katakan raya tahun ini tak semeriah sebelum, banyak yang kurang, bukan aku tidak mau bersyukur atas apa yg ada, tapi kurangnya tak nampak pada mata kasar, hanya terasa di hati... walau apa pun tahun inila tahun terakhir aku beraya di rumah itu, kenangan tu tetap ader... harap sangat rumah baru tu memberi sinar baru, moga raya tahun depan lagi meriah dari tahun ini...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...