Suasana Dalam LRT


LRT atau bahasa panjang nye Light Rail Transit.... satu kemudahan yang disediakan untuk penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain... begitu jugak aku, LRT adalah kenderaan yang aku gunakan untuk aku berulang alik ke tempat kerja... kadang-kadang kalau kat KL ni, orang yang dah ada kenderaan sendiri pun gunakn LRT kan, maklumla kalau ikut highway jam..

Rutin aku harian sepanjang kerja, aku suka tengok orang-orang dalam train, pelbagai gaya, pelbagai cara... ada yang main game, ada yang baca buku, ada yang baca newspaper, dan tak lupa ada gak yang buat kerja dalam train, siap buka laptop lagi... memang orang camni jenis orang yang tak suka membazir... kalau sape-sape yang pernah tgk movie "Three Idiot", seorang lecturer yang sangat suka menjimatkan masa, sampai setiap kemeja dia pasang zip, tie pun pasang penyangkut senang nak sangkut kat baju, latih kedua belah tangan menulis serentak, betapa pentingnya masa, dan agaknya macam tula kot diaorang ni siap bekerja di dalam train...

Apa boleh buat kalau da hobi kan....


Ni orang yang betul-betul sayangkan masa



"Three Idiot Movie" sape yang tengok mesti gelak..


Perkara yang paling aku seronok tengok setiap waktu pagi, yang takde pape nak buat tu, haa mata nya mesti pejam, tak kisahla berdiri kat tengah-tengah ruang sekali pon, sempat lagi tidur, macam-macam gaya ade...tapi aku yakin, diorang ni mata jek pejam, tapi xdela betul-betul tidur kan, karang tersungkur plak...hehehheee

Pastikan deodorant sentiasa dipakai sebelum naik Train or Bus


Berbalik pada cerita asal, aku sebenarnya tak kisahla diorang nak buat apa dalam train pon, tapi aku cukup tak faham bila orang da ramai, dah terasak-asak, tak yah la nak baca buku ke apa, kalau duduk takpe la, ini berdiri, pastu bila dah terasak-asak, dah terlanggar, da tunjuk muka tak puas hati...ish ish ishh... da tau tengah ramai dah terhimpit-himpit berhentila kejap kakak or abang oiii.....
Ha kan da terhimpit tu...


Dalam tak puas hati pon aku cukup kagum dengan rakyat Malaysia, menjadi jugak la kiranya campaign@ iklan iklan, supaya lebih menghormati org yang lagi memerlukan... yela setiap kali masuk jek pregnant woman ke, pak cik @ mak cik yang da tak berupaya ke, diaorang yang duduk terus jek bangun dan bagi pada yang lebih memerlukan... kat foreigner skali pon diorang mengalah, masa tu dalam hati aku... "wah mesti bila diorang balik negara sendiri nanti diorang puji baguskan rakyat Malaysia ni kan, prihatin" heheheheh..


Jadila orang yang prihatin pada yang lebih memerlukan....



SEKIAN

X-Housemates

Housemate..... bila tengok gambar-gambar lama, tiba-tiba teringat kembali saat-saat belajar dulu, kenangan bersama kawan-kawan, especially housemate kat resak dulu.. Memang bohong dan tipu la kalau cakap sepanjang bersama tak de yang terasa hati antara satu sama lain, lagi lidah pun boleh tergigit kan... tapi rasanya normal la kan, dah adat kehidupan, nama pun manusia, ada hati, janji jangan simpan dalam hati... Bila ingat balik banyak gak yang best sebenarnya... ni antara peristiwa-peristiwa sepanjang bersama....

Jeng jeng... destinasi kami masa ni ke wet world...

Kalau tak silap kami pergi ni hari rabu, sebab hari tu semua tak de class n tak ramai orang... tapi yang tak best nya, gelongsor yang paling panjang tutup, cost tinggi katanya, hujung minggu baru buka, hampeh...



Ini destinasinya kat janda baik...perancangan awalnya nak ke kolam air panas bentong, tapi atas sebab-sebab tertentu kami mengubah perancangan..


Time ni kitaorang sewa kereta, destinasi??? haa ini nak ke kursus perkahwinan sebenarnya. kat UiTM Puncak Alam.. Aku??? tgh ambik gambar, sebab tu tak de kat citu...heeeeeeee

Ni masa Majlis Pra-Graduan UiTM Kolej Puncak Perdana... Sebelum majlis ni bukan main lagi practice make up...heeeeeeee... maklumla tak pandai... sapa yang selalu jadi mangsa aku??? huda, mona dan hani...hehhee... tapi tak pela kan, sekurang-kurangnya yang tak pandai ni tolong korang make sikit sebanyak malam tu hehehe..


Time ni kitaorang tengah tunggu KTM..... Destinasinya ke genting highland..

Haa, disebabkan kitaorang tau kat genting tu mahal makanannya, kitaorang siap bawa bekal roti telur satu sorang + air mineral, punyala bagus kitaorang...


Tapi yang pasti, seronok sangat-sangat, terutama masa naik trouble shoot... wah nak terbang rasa, kalau pergi lagi nanti memang da tak naik daa....hehehheee


Ni saat-saat terakhir kami... malam tu kitaorang kuar dinner, kalau tak silap kat kampung baru kot, maklumla aku ni buta jalan, nasib badan jek orang tolong bawakkan hehhehe..


Kat depan tuh kalau tak silap ade 3 buah kamera, semuanya kitaorang set timer.. ape lagi posing la habis-habis malam tu...


Lepas kitaorang dinner, kitaorang pergi jalan-jalan kat uptown damansara... sempat lagi amek gambar tuuuu...

Itula antara destinasi dan kenangan aku dengan housemate dulu... ade lagi sebenarnya, tapi tak dela nak letak semuakan...papepun, seronok kenal korang semua, nak sangat suatu hari nanti kita berkumpul macam ni lagi... Hopefully.... sekian..

Akhirnya...


Barcode scanner

Alhamdulillah...orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..kalau sebelum ni aku rasa tension nak siapkan sistem kat library tu, alhamdulillah akhirnya berjaya gak siapkan. Berdebar rasanya nak tunggu hari ni, bukan sebab ape, hanya sebab barcode scanner yg aku order sampai hari ni apa yang aku paling takut skali kalau-kalau barcode tak dapat detected, takut mane-mane ade yg tersilap buat, dan hari ni terjawab sudah... terasa macam baru lepas siapkan satu tugasan project assignment yg besar... terpaksa bertungkus lumus sorang2, tanpa sapa2 yg aku boleh rujuk pasal sistem tu.. nasib baik la da pernah buat masa final project dlu... Apa yg penting aku rasa happy sgt2 hari ni, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan sistem tu...Bulan ni kami dah mula gunakan sistem.. harapan aku agar semuanya berjalan lancar serta semua masalah yg mungkin timbul dapat aku atasi sebaiknya...amin..




SaTu KelaiNan

Hari ni bekerja, ada satu kelainan yang aku dapat rasa.

Walaupun banyak masalah dalam kepala ni

Tapi hari ni terubat sedikit

Kenapa????

Sebab hari ni aku dapat ang pow dari uncle photostat

Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Maklumla tak pernah dapat time Chinese New Year sebelum ni

Tiba-tiba tahun ni dapat....hahahahahhaa

Seronok seronok

Rasa tak sabar plak nak tunggu Hari Raya Puasa lagi...

dan yang paling penti
ng

Raya Puasa tahun ni jangan mimpi la nak dapat ang pau lagi

Sebab tuan punya badan
da bekerja

Heeeeeeeeeee

~Mudah-mudahan~

Ang pow dari uncle


KisaH AyAhanDa


Kisah kali ini ialah tentang ayahanda aku yang tercinta atau panggilannya, abah… abah ni anak sulung dari 9 orang adik beradik… Nak dijadikan cerita, nenek aku dulu tukang masak di istana.. bila lahirnya abah aku sultan mintak dia untuk dijadikan anak angkat… jadinya bagila nenek aku kt sultan, 18 tahun abah aku dibesarkan di istana. Selepas sultan berkahwin dan mendapat anak, maka nenek aku datang minta anaknya kembali, yakni abah aku… Maka masa umur 18 tahun la baru abah aku ni kenal dunia luar yang sebenar, kenal dgn adik beradik yang lain… tapi itu bukan topic sebenar yang aku nak cerita.. tajuk asalnya ialah “Sukar mencari pengganti Ayahanda”… di sebabkan 18 tahun membesar di istana, abah aku ni memang tak tau nak buat kerja, kadang-kadang aku tengok pegang pisau pun menggigil..hehehee… apatah lagi kerja-kerja lain, nak menanam? Menukang? Memang jauh sekali… tapi aku tak salahkan abah, dah memang dari kecik tak pernah buat semua tu… Tapi yang aku paling kagum dengan abah ni, semangat dia tinggi… mungkin abah rasa kekurangan hidup sebelum, sekarang kalau boleh 5 waktu sembahyang kat masjid@surau... Tarawih? Walaupun tak sihat, kaki kena gout tapi tetap semangat nak pergi… macam mana? Ha dia bawak payung panjang buat tongkat, jalan pun terhenjut-henjut…hehehe.. tapi aku cukup kagum.. Lagi satu yang aku rasa susah nak cari penngganti, abah ni mudah sangat… mintak la tolong pape pun, susah nak dengar jawapan TIDAK…. Kalau aku ade nak pergi mana-mana, mintak tolong abah temankan, tak pernah mengeluh walaupun terpaksa menunggu lama..pendek kata selagi abah boleh buat, semua pun dia cuba sedaya upaya nak buat… mungkin abah-abah orang lain pun sama jugak, tapi bagi aku susah nak cari lelaki macam ayah kita..kalau menunggu lama sikit pun dah mula nak membebel.. mungkin tak semua, tapi kebanyakan yang aku tengok macam tula…. Pape pun aku rasa berbangga dilahirkan ke dunia dengan berayahkan abah aku sekarang…..moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan kedua orang tua aku, juga untuk kedua orang tua lain yang sanggup bersusah payah membesarkan anak-anak mereka..amin..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...