KisaH AyAhanDa


Kisah kali ini ialah tentang ayahanda aku yang tercinta atau panggilannya, abah… abah ni anak sulung dari 9 orang adik beradik… Nak dijadikan cerita, nenek aku dulu tukang masak di istana.. bila lahirnya abah aku sultan mintak dia untuk dijadikan anak angkat… jadinya bagila nenek aku kt sultan, 18 tahun abah aku dibesarkan di istana. Selepas sultan berkahwin dan mendapat anak, maka nenek aku datang minta anaknya kembali, yakni abah aku… Maka masa umur 18 tahun la baru abah aku ni kenal dunia luar yang sebenar, kenal dgn adik beradik yang lain… tapi itu bukan topic sebenar yang aku nak cerita.. tajuk asalnya ialah “Sukar mencari pengganti Ayahanda”… di sebabkan 18 tahun membesar di istana, abah aku ni memang tak tau nak buat kerja, kadang-kadang aku tengok pegang pisau pun menggigil..hehehee… apatah lagi kerja-kerja lain, nak menanam? Menukang? Memang jauh sekali… tapi aku tak salahkan abah, dah memang dari kecik tak pernah buat semua tu… Tapi yang aku paling kagum dengan abah ni, semangat dia tinggi… mungkin abah rasa kekurangan hidup sebelum, sekarang kalau boleh 5 waktu sembahyang kat masjid@surau... Tarawih? Walaupun tak sihat, kaki kena gout tapi tetap semangat nak pergi… macam mana? Ha dia bawak payung panjang buat tongkat, jalan pun terhenjut-henjut…hehehe.. tapi aku cukup kagum.. Lagi satu yang aku rasa susah nak cari penngganti, abah ni mudah sangat… mintak la tolong pape pun, susah nak dengar jawapan TIDAK…. Kalau aku ade nak pergi mana-mana, mintak tolong abah temankan, tak pernah mengeluh walaupun terpaksa menunggu lama..pendek kata selagi abah boleh buat, semua pun dia cuba sedaya upaya nak buat… mungkin abah-abah orang lain pun sama jugak, tapi bagi aku susah nak cari lelaki macam ayah kita..kalau menunggu lama sikit pun dah mula nak membebel.. mungkin tak semua, tapi kebanyakan yang aku tengok macam tula…. Pape pun aku rasa berbangga dilahirkan ke dunia dengan berayahkan abah aku sekarang…..moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan kedua orang tua aku, juga untuk kedua orang tua lain yang sanggup bersusah payah membesarkan anak-anak mereka..amin..



2 comments:

ilahadar said...

semoga kite sentiase ingat akan pergorbanan mereka-amin-

Ct Aja said...

insyallah...amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...