Suasana Dalam LRT
X-Housemates
Akhirnya...
Alhamdulillah...orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit..kalau sebelum ni aku rasa tension nak siapkan sistem kat library tu, alhamdulillah akhirnya berjaya gak siapkan. Berdebar rasanya nak tunggu hari ni, bukan sebab ape, hanya sebab barcode scanner yg aku order sampai hari ni apa yang aku paling takut skali kalau-kalau barcode tak dapat detected, takut mane-mane ade yg tersilap buat, dan hari ni terjawab sudah... terasa macam baru lepas siapkan satu tugasan project assignment yg besar... terpaksa bertungkus lumus sorang2, tanpa sapa2 yg aku boleh rujuk pasal sistem tu.. nasib baik la da pernah buat masa final project dlu... Apa yg penting aku rasa happy sgt2 hari ni, alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan sistem tu...Bulan ni kami dah mula gunakan sistem.. harapan aku agar semuanya berjalan lancar serta semua masalah yg mungkin timbul dapat aku atasi sebaiknya...amin..
SaTu KelaiNan
Walaupun banyak masalah dalam kepala ni
Tapi hari ni terubat sedikit
Kenapa????
Sebab hari ni aku dapat ang pow dari uncle photostat
Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Maklumla tak pernah dapat time Chinese New Year sebelum ni
Tiba-tiba tahun ni dapat....hahahahahhaa
Seronok seronok
Rasa tak sabar plak nak tunggu Hari Raya Puasa lagi...
dan yang paling penting
Raya Puasa tahun ni jangan mimpi la nak dapat ang pau lagi
Sebab tuan punya badan da bekerja
Heeeeeeeeeee
~Mudah-mudahan~
Ang pow dari uncle
KisaH AyAhanDa
Kisah kali ini ialah tentang ayahanda aku yang tercinta atau panggilannya, abah… abah ni anak sulung dari 9 orang adik beradik… Nak dijadikan cerita, nenek aku dulu tukang masak di istana.. bila lahirnya abah aku sultan mintak dia untuk dijadikan anak angkat… jadinya bagila nenek aku kt sultan, 18 tahun abah aku dibesarkan di istana. Selepas sultan berkahwin dan mendapat anak, maka nenek aku datang minta anaknya kembali, yakni abah aku… Maka masa umur 18 tahun la baru abah aku ni kenal dunia luar yang sebenar, kenal dgn adik beradik yang lain… tapi itu bukan topic sebenar yang aku nak cerita.. tajuk asalnya ialah “Sukar mencari pengganti Ayahanda”… di sebabkan 18 tahun membesar di istana, abah aku ni memang tak tau nak buat kerja, kadang-kadang aku tengok pegang pisau pun menggigil..hehehee… apatah lagi kerja-kerja lain, nak menanam? Menukang? Memang jauh sekali… tapi aku tak salahkan abah, dah memang dari kecik tak pernah buat semua tu… Tapi yang aku paling kagum dengan abah ni, semangat dia tinggi… mungkin abah rasa kekurangan hidup sebelum, sekarang kalau boleh 5 waktu sembahyang kat masjid@surau... Tarawih? Walaupun tak sihat, kaki kena gout tapi tetap semangat nak pergi… macam mana? Ha dia bawak payung panjang buat tongkat, jalan pun terhenjut-henjut…hehehe.. tapi aku cukup kagum.. Lagi satu yang aku rasa susah nak cari penngganti, abah ni mudah sangat… mintak la tolong pape pun, susah nak dengar jawapan TIDAK…. Kalau aku ade nak pergi mana-mana, mintak tolong abah temankan, tak pernah mengeluh walaupun terpaksa menunggu lama..pendek kata selagi abah boleh buat, semua pun dia cuba sedaya upaya nak buat… mungkin abah-abah orang lain pun sama jugak, tapi bagi aku susah nak cari lelaki macam ayah kita..kalau menunggu lama sikit pun dah mula nak membebel.. mungkin tak semua, tapi kebanyakan yang aku tengok macam tula…. Pape pun aku rasa berbangga dilahirkan ke dunia dengan berayahkan abah aku sekarang…..moga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan kedua orang tua aku, juga untuk kedua orang tua lain yang sanggup bersusah payah membesarkan anak-anak mereka..amin..