Dah puas guna cik google mencari jenama BP yg terbaik dan murah. Sebelum ni kakak ada hadiahkan electric BP jenama pureen.. Tak taula kalau saya tak pandai nak guna, tapi ia memang menyakitkan pada saya.. Lepas tu terus guna manual ajek.. hampir 6 bulan jugaklah guna manual.. So far ok cuma lama-kelamaan lenguh jugak rasa duk mengepam, terasa nak tukar ke electrik semula.. Cari punya cari terjumpa satu blog http://www.faliyanamomstore.com/ . Harganya berpatutan la jugak.. Kebetulan ada special offer single Snow Bear RM199 sahaja.. Apa lagi google cari feedback mommies yang pernah guna brand ni dan jawapan kebanyakan positif so terus beli. Kata empunya kedai brand snow bear dah tak keluar dah sebabnya Malish ambil alih, pump sama tapi jenama lain.. Ha yang tu kalau nak kesahihan kena cari sendiri la yek, saya pun kurang pasti.. Rakan sekerja kebanyakannya guna BP brand Malish.. Spectra pun ada jugak.. Alhamdulillah jenama Snow Bear ni pun ok, lembut dan tak sakit. Yang penting jangan berputus asa, terus dan terus berusaha,, InsyaAllah..
Snow Bear Electric Breast Pump
~Selamat Mengumpul Stok Mommies semua~
3 comments:
sy pun gune jenama malish..yg lifestyle punye...
jom kumpul stok bebanyak
moga Allah permudahkan untuk mummy2 sekalian :)
airu tgk opismet pun beli yg ni... selamat mengumpul ;-)
Post a Comment