DENGGI

Berakhir sudah dugaan di bulan puasa, Setelah Seminggu aku berulang ke hospital, ambik darah, masuk air.... semuanya gara-gara denggi.. Satu hari aku termenung di hospital seorang diri, menitis jugak air mata, bukan kerana sakit sebab hari2 ambik darah dan masuk air, tapi terasa penat sangat... cuba bayangkan setiap pagi terpaksa menunggu giliran bersama beratus pesakit yang lain, dengan badan yg tak berapa sihat, lemah jek rasa, kenapa la tak tahan jek aku masukkan ke dalam wad, tak payah hari2 menunggu, hari2 kena cucuk masukkan air, smpai lebam tangan kiri kanan.. tapi itu mungkin dugaan aku di bulan puasa ini, banyak rancangan yg aku aturkan sepanjang bulan ramadhan ini, sempena nak menyambut hari raya, tapi apa kan daya, kita manusia hanya merancang... alhamdulillah, semuanya dah kembali pada asal, dah bertambah baik... Tapi agak fobia dgn nyamuk, huhuhuhu.... Moga Allah memberi kekuatan untuk aku teruskan kehidupan serta dalam menghadapi dugaan yang mendatang...amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...