CARA SAYA MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum..

RAsanya kalau diberi peluang, semua ibu ingin susukan anaknya sendiri sehingga paling minimum 6 bulan, tapi banyak faktor yang menyebabkan azam tak kesampaian.... Samala seperti saya..Anak sulung dulu sampai 2 bulan sahaja sbb si kecil menangis nak botol...confuse antara direct feeding dan botol susu... hakikatnya saya menyesal sbb cepat berputus asa waktu itu... Untuk second baby dari awal sy berazam akan susukan baby sehingga 2 tahun......

Awalnya semasa dalam pantang, susu memang banyak, sehingga terpaksa menggunakan kain untuk menghalang baju dari basah..asyik tukar baju jekkan.... alhamdulillah sambil-sambil tu dapat la jugak kumpul buat stok... Tapi yang tak seronok selepas 3 bulan cuti bersalin, bila dah start kerja susu dah semakin kurang.... kalu dulu boleh penuh satu botol, sekarang dah 2-3 oz sahaja.... tapi saya tak PUTUS ASA, pam jugak kat office, campur dengan stok semasa dalam pantang kat baby sitter... Stok semakin kurang susu pun tetap kurang.... dah macam-macam saya makan ikut petua cik google... carrot putih, horlick, susu, nestum, kurma, soya, ulam, dan macam-macam lagila... tapi still sama... 

Ok masa untuk berganjak dengan cara lain... saya cari ubat di farmasi.. nama ubat tu MOTILIUM.. katanya makan 3x sehari... Tapi nasib tak menyebelahi saya sbb ubat tu tak memberikan kesan.. yang sedih waktu tu bulan puasa, si kecil menangis tak cukup susu.. terpaksa berbuka 2 hari....dan yang paling sedih terpaksa campur susu tepung dulu terutama waktu tengah malam, sbb si kecil kuat menyusu..

 MOTILIUM

Ok tukar lagi, rakan sekerja bagi satu jenis ubat, katanya dia makan ubat tu terus jadi bengkak... nama ubat tu METOCLOROMIDE.. tapi sayang ubat tu pun tak beri kesan pada saya...

METOCLOROMIDE

Ok rasanya dah tiba masa korbankan sedikit duit untuk cari ubat di medan social, cari testimoni yang mana rasa ok... akhirnya saya jumpa page MAMOM HERBAWORK...Wlupun mengambil masa 2minggu juga, alhamdulillah kahirnya berjaya.... Namun dalam masa yang sama jangan kita lupa pada Dia.... Ikhlaskan diri, berbaik sangka dan minta dari NYA...ALhamdulillah.... terima kasih Ya Allah, terima kasih jgk MAMOM HERBAWORK yang membantu... Semoga mommies di luar sana berjaya juga...

MAMOM HERBAWORK


DOA BANYAKKAN SUSU
p/s:copy paste dari cik google

TAWARAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL SPP UNTUK CALON SIMPANAN

Assalamualaikum..

Asalnya memang langsung tak terlintas akan ditawarkan jawatn di SPP, memandangkan tempoh untuk calon simpanan hanya sehingga Januari 2014 sahaja. Mungkin inila dikatakan rezeki..

Sebenarnya saya baru sahaja letak jawatan 2 hari sebelum terima surat tawaran, niatnya untuk mengikut suami yang mendapat tawaran kerja dari SPA di Kuala Lumpur. Tapi itulah dikatakan rezeki kan... belum sempat cari kerja lain, tiba-tiba jek sampai surat.. dan apa yang membuatkan saya merasa bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi, baru sebulan hubby dapat tawaran dari SPA, tiba-tiba saya plak dapat tawaran SPP..Alhamdulillah..

Lagi satu nak kongsi, kepada sesiapa yang dah berkahwin dan dapat tawaran SPP di mana penempatan jauh dari suami, jangan bimbang, SPP memang boleh pertimbangkan, InsyaAllah.. Itu adalah pengalaman sendiri, sebab sebelum ni suami kerja di Kelantan, jadi alamat di Kelantan. Tapi bila terima surat tawaran suami dah bertukar di Kuala Lumpur, so saya terus call Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagitaulah perkara sebenar dan nak penempatan dekat dengan suami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

So Good Luck juga pada semua calon simpanan yang dah dapat tawaran SPP..


**Dhuha itu pintu rezeki, kalau ada masa terluang marilah kita sama-sama tunaikan..InsyaAllah**




MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum

Jangan mudah menilai dan menghukum seseorang
Pertanyaan demi pertanyaan dalam menilai seseorang,
Mungkin Allah balas dengan meletakkan anda di tempat yang sama,
dan ketika itu barula kita mengerti kenapa...

Sapa nak pahala free?
mudah saja kuncinya DIAM...
Orang tanya kita jawab,
Orang mengata kita diam.

Mulakan hari anda dengan tawakal kepada Allah..
Semoga Allah lindungi kita semua.


SELAMAT MEMULAKAN TUGAS


KEPUTUSAN PEMBANTU MAKMAL SPP 2013

Assalamualaikum

Bagi yang belum semak bolehlah semak keputusan Temuduga Pembantu Makmal SPP di


Status saya: Anda dikategorikan sebagai calon simpanan sehingga Januari 2014.Emm kalau ada rezeki tak ke mana kan..Tunggu jola..

Kepada yang berjaya, Tahniah diucapkan, yang belum ada rezeki jangan berputus asa, pasti Allah dah tetapkan yang lebih baik

~TAHNIAH~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...