WESAK DAY

30 May 2010


Kalau ikutkan hati rindu sangat2 kat kampung halaman…

Rindu jugak pada seseorang yang setia menanti..

Tp apakan daya, out of budget…

Tak sabar nak habis praktikal ni

Hari-hari menanti hujung minggu

Yela kalau dah kerja betul2

Sekurang-kurang nya duit masuk la jgk…


Memandangkan semua budak2 rumah balik

Daripada duduk sorang2 kat rumah sewa

Maka balik la aku ke rumah kakak di pandan indah

Tak pela sekurang2 nya lepas la gak rindu kat anak buah

Memandangkan kakak pun bekerja pada hari minggu

Maka rutin hujung minggu ni jd baby sitter

nasib baik la bdk2 ni tak nakal sgt

senang kerja, tp org kata “practice make perfect” kan…huhuhu


Seronok mmg seronok, tp bila fikir esok kerja

Hai lambatnya nak hari minggu lagi…huhuhu

Moga Allah permudahkan segala urusan minggu ni dan hari-hari yg mendatang



MINGGU KE-2 PRAKTIKAL


21 May 2010

Minggu ni praktikal di bahagian Knowledge Management.. xde pape yg menarik, tugas aku sepanjang minggu ni hanya tolong transfer gmbar2 dari album lama ke album baru… maka buat la aku kerja gunting menggunting,
tampal menampal….

Hari ni hari jumaat, seperti biasa, oleh kerana waktu rehat yg panjang “memaksa” kami untuk menghabiskan masa makan tengahari luar dari tempat kerja.. destinasi minggu ni… SECRET RECIPE… time makan mmg seronok dan laju.. tapi time nak bayar lemah je luntut rasa… huhuhu… tapi apa boleh buat, hari jumaat la hari kami melepaskan tension..

Balik dari tempat keje sempat lg beli aiskrim McDONALD'S dgn huda
…SUNDAE CORNETTO.. tak cukup dgn aiskrim, sebelum balik beli pulak SATAY KAJANG bungkus wat balik…huhuhuhu…maka kesimpulannyer, hari minggu kami terpaksa menghabiskan stok makanan yg ada sahaja untuk top up balik duit yg lari tinggalkan kami………..huhuhuhu..



PRAKTIKAL (PPAS -SELANGOR)

3 Mei 2010


Hari pertama melangkah ke alam praktikal, agak gementar jgk, mcm mane suasana kat sana, tambah-tambah bila tgk jadual yg ktorg dpt, walau pun satu tempat tp department yg berlainan… takut macam mane nak sesuai kan diri dgn org yg kita tak kenal, takut andai tak dpt buat yg terbaik.. tp bila di fikir kan balik, dah nama praktikal, tempat untuk kt buat latihan, orang kate belajar dari kesilapan...


Munggu pertama agak bernasib baik sebab kebanyakan staff pg kursus. So kami bertiga kena turun bahagian kaunter, bahagian pinjaman dan pemulangan buku.. agak seronok duduk kat situ, bila guna scanner tu rasa mcm nak main jual2 pun ader…heheheehe


Minggu ke dua semuanya berpecah semula ikut department masing-masing. Minggu ni aku berada di bawah supervisor yg suka dgr lagu klasik fm.. tak kira pagi ke tghri ke petang ke, radio klasik sentiasa menemani beliau… kadang-kadang tergoyang-goyang kepala die dgr lagu ala-ala 60-an, sampai aku pon hampir terikut-ikut…huhuhuhu.. tapi agak nye dia mmg betul-betul minat, sebab hampir semua lagu 60-an die boleh nyanyi…hahahaha..adoi… tp tak pe minggu ke dua dah berakhir, minggu depan masuk la ke department laen… ntah ape plak dugaannye pon aku tak tau… harap-harap semua berjalan lancar…amin


BILA AKU JATUH CINTA - NIDJI

Bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian
1000 dewa dewi cinta
menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari
kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan
kan datang padaku
dan menemani aku

melewati dinginnya mimpi
melewati dinginnya mimpi

bila aku jatuh cinta jatuh cinta
bersama dirimu
peluk aku dan ciumlah aku
sayang



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...