TAWARAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL SPP UNTUK CALON SIMPANAN

Assalamualaikum..

Asalnya memang langsung tak terlintas akan ditawarkan jawatn di SPP, memandangkan tempoh untuk calon simpanan hanya sehingga Januari 2014 sahaja. Mungkin inila dikatakan rezeki..

Sebenarnya saya baru sahaja letak jawatan 2 hari sebelum terima surat tawaran, niatnya untuk mengikut suami yang mendapat tawaran kerja dari SPA di Kuala Lumpur. Tapi itulah dikatakan rezeki kan... belum sempat cari kerja lain, tiba-tiba jek sampai surat.. dan apa yang membuatkan saya merasa bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi, baru sebulan hubby dapat tawaran dari SPA, tiba-tiba saya plak dapat tawaran SPP..Alhamdulillah..

Lagi satu nak kongsi, kepada sesiapa yang dah berkahwin dan dapat tawaran SPP di mana penempatan jauh dari suami, jangan bimbang, SPP memang boleh pertimbangkan, InsyaAllah.. Itu adalah pengalaman sendiri, sebab sebelum ni suami kerja di Kelantan, jadi alamat di Kelantan. Tapi bila terima surat tawaran suami dah bertukar di Kuala Lumpur, so saya terus call Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagitaulah perkara sebenar dan nak penempatan dekat dengan suami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

So Good Luck juga pada semua calon simpanan yang dah dapat tawaran SPP..


**Dhuha itu pintu rezeki, kalau ada masa terluang marilah kita sama-sama tunaikan..InsyaAllah**




MOTIVASI PAGI

Assalamualaikum

Jangan mudah menilai dan menghukum seseorang
Pertanyaan demi pertanyaan dalam menilai seseorang,
Mungkin Allah balas dengan meletakkan anda di tempat yang sama,
dan ketika itu barula kita mengerti kenapa...

Sapa nak pahala free?
mudah saja kuncinya DIAM...
Orang tanya kita jawab,
Orang mengata kita diam.

Mulakan hari anda dengan tawakal kepada Allah..
Semoga Allah lindungi kita semua.


SELAMAT MEMULAKAN TUGAS


KEPUTUSAN PEMBANTU MAKMAL SPP 2013

Assalamualaikum

Bagi yang belum semak bolehlah semak keputusan Temuduga Pembantu Makmal SPP di


Status saya: Anda dikategorikan sebagai calon simpanan sehingga Januari 2014.Emm kalau ada rezeki tak ke mana kan..Tunggu jola..

Kepada yang berjaya, Tahniah diucapkan, yang belum ada rezeki jangan berputus asa, pasti Allah dah tetapkan yang lebih baik

~TAHNIAH~




ANNUR AIMY @ 8 BULAN



Assalamualaikum




Annur Aimy = Cahaya Keberkatan...anugerah Allah yang tidak ternilai sebagai pengikat kasih sayang antara kami... Dah 8 bulan anak umi..

Alhamdulillah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...