TAWARAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL SPP UNTUK CALON SIMPANAN

Assalamualaikum..

Asalnya memang langsung tak terlintas akan ditawarkan jawatn di SPP, memandangkan tempoh untuk calon simpanan hanya sehingga Januari 2014 sahaja. Mungkin inila dikatakan rezeki..

Sebenarnya saya baru sahaja letak jawatan 2 hari sebelum terima surat tawaran, niatnya untuk mengikut suami yang mendapat tawaran kerja dari SPA di Kuala Lumpur. Tapi itulah dikatakan rezeki kan... belum sempat cari kerja lain, tiba-tiba jek sampai surat.. dan apa yang membuatkan saya merasa bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi, baru sebulan hubby dapat tawaran dari SPA, tiba-tiba saya plak dapat tawaran SPP..Alhamdulillah..

Lagi satu nak kongsi, kepada sesiapa yang dah berkahwin dan dapat tawaran SPP di mana penempatan jauh dari suami, jangan bimbang, SPP memang boleh pertimbangkan, InsyaAllah.. Itu adalah pengalaman sendiri, sebab sebelum ni suami kerja di Kelantan, jadi alamat di Kelantan. Tapi bila terima surat tawaran suami dah bertukar di Kuala Lumpur, so saya terus call Kementerian Pendidikan Malaysia dan bagitaulah perkara sebenar dan nak penempatan dekat dengan suami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

So Good Luck juga pada semua calon simpanan yang dah dapat tawaran SPP..


**Dhuha itu pintu rezeki, kalau ada masa terluang marilah kita sama-sama tunaikan..InsyaAllah**




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...