Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan,
Sebaliknya terimalah setiap kelemahan..
Jangan cuba melengkapkan orang lain,
Sebaliknya cubalah memperbaiki kekurangan diri.
Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan,
Sebaliknya terimalah setiap kelemahan..
Jangan cuba melengkapkan orang lain,
Sebaliknya cubalah memperbaiki kekurangan diri.
Mak saya selalu pesan,
jangan doakan benda yang tidak baik pada orang lain..
Contohnya:
1. Bila orang da buat salah dgn kita,
Jangan:
Aku doakan kau tak bahagia@ aku sumpah kau jadi katak@ Moga kau tak berjaya dalam hidup.
Sebaliknya:
Ya Allah aku redha, moga dia insaf dan tak mengulangi kesilapannya lagi.
2. Bila orang merempit laju melintasi kereta@motor@pejalan kaki.
Jangan:
Bengong la dia ni, aku sumpah kau sampai depan kene langgar dgn lori@ masuk longkang.
Sebaliknya:
Ya Allah selamatkan la budak ini, jauhkan dia dari benda yang tak elok.
3. Bila duit kita kena curi
Jangan:
Aku sumpah sapa yang curi duit tu perut kembung sampai pecah@ kene tindih dgn lori simen@ tercabut tangan kene tetak.
Sebaliknya:
Ya Allah, moga orang tu guna duit tu untuk tujuan kebaikan(takde duit nak makan untuk anak2 dan bukan untuk berjudi dll), dan berikan dia jalan serta petunjuk.
Tapi saya manusia biasa, kadang-kadang terlepas gakkan, maklumla tengah marah.. dan hari ni rasa terdetik, cam nak mintak maaf pada orang-orang yang pernah terlepas doa di atas dari mulut saya... tapi kalau da tak kenal macam manakan...aishhhhh... asyik nampak kesalahan orang jek, ntah2 kesilapan sendiri lagi banyak dari kesalahan orang lain yang kita nampak..sapa taukan...
Salam Satu Malaysia
Di waktu senja begini, tiba-tiba rasa terkilan ... Kenapa saya masih di sini??? di tempat kerja, sedangkan orang lain dah selamat sampai di rumah...Hai, bila la agaknya nak dapat kerja macam orang lain, kerja pagi, balik petang...kan best...Tambah-tambah ada kes simbah-simbah asid plak, dahla saya ni pejalan kaki....
Saya tau, mungkin ramai lagi yang macam saya, tak cukup kuat ke saya ni??? Mak saya call cakap "Balik la, ma risau..kerjala pape pun kat Kelantan, tak yahla duk KL "... Alahai bukan taknak ma, nak sangat2, cuma rasa cam kena cari pengalaman dulu, baru senang nak mintak kerja..
Pape pun rase happy sikit bila terjumpa kartun ni....
Fatwa HARAM dikeluarkan Mesir ke atas penggunaan laman sosial FACEBOOK kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri
Kajian diperolehi daripada Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) menemui bukti mengaitkan peningkatan jumlah PENCERAIAN adalah disebabkan oleh aktiviti pasangan di laman sosial, Facebook, Myspace & Twitter.
Hasil Kajian menunjukkan 66% kes penceraian adalah berpunca dari Facebook, 15% dari Myspace & 5% dari Twitter
Penyelidik : Abdul Rahman Zahari
Sumber : Utusan Malaysia
Salam Satu Malaysia
Haa kalau yang dah terbaca artikel dalam Facebook mungkin dah taukan.. Nak dijadikan cerita semalam housemate balik bercerita, pasal kek secret recipe nila... Next Week ade jamuan kat office dia, so rakan-rakan office da tempah pun kek secret recipe, alih-alih ade plak berita yang kek secret recipe ni mengandungi DNA Babi... Untuk mendapatkan kepastian, si housemate ni telefon sendiri ke JAKIM.. dan berikut adalah jawapannya:
"Tepung yang digunakan untuk membuat kek & roti adalah dari syarikat yang telah ditarik balik sijil Halalnya, kerana tepung tersebut mengandungi DNA Babi"
So anda semua dinasihatkan tidak memakan KEK @ ROTI SECRET RECIPE buat sementara waktu, selagi pihak berkenaan terus menggunakan tepung dari syarikat terbabit.
Wassalam
Setelah sekian lama memanggil hujan, akhirnya turun gak hujan akhir2 ni di Kota raya ini, ceh macam katak plak memanggil hujan..hi3.. Namun di sebalik kegembiraan ade sedikit kekecewaan di sini..
Saya seorang pejalan kaki, tak mampu lagi nak beli kereta.. tapi itu bukan masalahnya... masalahnya sekarang, KENAPA MEREKA YANG BERKERETA NAK BAWAK LAJU-LAJU SAMPAI TERSEMBUR LONGGOKAN AIR PADA SAYA!!!! Berapa kali mau mngelak daaaa...
Arghhhhhhhhhhhhhh!!!
Sesungguhnya hujan itu nikmat tapi amat menggerunkan bagi saya sebagai seorang pejalan kaki..
p/s: Sila Perlahankan Kenderaan Anda Sewaktu Hujan
Ya Saya dilanda demam denggi, seminggu lebih berulang alik ke hospital... tapi sekarang dah baik, hi3, itu kisah di bulan ramadhan tahun lepas -->>;entry yang sebelum "DENGGI"
Tujuan utama menulis malam ni, hanyalah nak berkongsi KEGEMBIRAAN bahawa hari ni saya dah habes ganti puasa selama 18 hari, semuanya gara-gara denggi bulan puasa hari2...hi3... Alhamdulillah lega sangat2... haa kepada yang belom ganti puasa tu, tak kira la Lelaki ke Perempuan yang ade tinggal tu, gantila cepat=cepat yerk, lagi 3 bulan pon nak masuk Ramadhan lagi.... So SELAMAT BERAMAL la ye....
SEKIAN
Aku Pengembara Dunia,
Menyelongkar kehidupan manusia,
Menyelingkap permainan dunia,
Mendalami setiap pancaroba.
Tapi aku masih belum kental untuk mara,
Belum bersedia untuk berganjak,
Kenapa DENDAM ini masih membara,
Aku masih belum kuat untuk berpijak.
Pergilah engkau Syaitan,
Bawa la bara api mu ini,
Tiada sebab untuk aku simpan,
Aku bahagia dengan aturan takdir ini.
Ya Allah tolong aku,
Engkau maha adil ya Allah,
Sempurnanya susunan duniamu,
Jadikan aku umat yang pengampun Ya Allah
(Seperti Nabiku Nabi Muhammad S.a.w)
Kejadian ini berlaku di Sichuan Cina, di mana seorang wanita telah melahirkan bayi perempuan dgn dua kepala....satu tubuh, dua kaki dan dua lengan... Doktor hanya dapat mngesan bayi ini berkepala dua sewaktu di hujung kehamilan...
Masyallah keciannya tengok bayi ni.. macam mane nak pisahkan tu, kalau pisah macam bunuh salah satukan, sebab dua2 pon boleh memandang dunia, boleh bercakap, boleh makan dan minum macam orang lain.. Setakat ni doktor masih belom buat keputusan tentang cara penyelesaiannya..
Semoga ade satu penyelesaian yang baek suatu hari nanti....
Salam Satu Malaysia
Pengenalan pada tajuk di atas, bukan bertujuan untuk berdebat, tapi hanya untuk berkongsi. Betul ke lelaki Kelantan Panas Baran??? Orang kata bila kita nak jauhkan diri dari sesuatu perkara, semakin dekat ia dengan kita.. Sesuatu yang kita tanam taknak dalam kotak fikiran, yang itula akan melekat nanti.. Samala macam saya.. dulu saya taknak kahwin dengan lelaki Kelantan, sebab saya takut....tapi sekarang dah hampir ke jinjang pelamin pon dengan seorang jejaka dari Kelantan..
(Yg penting saya bahagia dengan si Dia)
Tujuan utama saya menulis hanyala untuk mengenal tunang saya dengan lebih mendalam, juga teman-teman seangkatan.. Dari penilaian saya, Lelaki Kelantan ni memang garang, tapi garang bertempat, pendek kata "kau tak kacau aku, aku tak kacau kau" ... Betul ke???
So ape perlu buat kalau berpasangan dengan yang panas@garang ni??
Perlu ke ikot anginnya??
Atau perlu ke mengubahnye??
Or buat2 tak tau ajerk??
Salam Satu Malaysia
Aktiviti malam minggu ini------>>>>>>> menonton wayang bersama kawan2 serumah di KLCC... dah lame tak tengok movie...Ermm movie pilihan Fast & Furious 5... Ternyata movie ni memang boleh menghilangkan tension di hari minggu. Walaupun terpaksa duduk barisan ke-4 dari depan, tapi agak berbaloi rasenye....Tapi orang cakap tengok wayang ni berhantu, sekali tengok nak lagi...aishhh bile boleh pergi lagi ni...hi3
Salam Satu Malaysia
Malam ni adalah malam penebusan, bukan nak tebus hadiah, tapi nak tebus masa2 sebelum ni yang tak sempat nak blog walking... al-maklumla 4 hari 4 malam bercuti di kampung...hi3... Khabarnya dari kampung, aku makin berisi???? berisi ke aku??? a'ah la dah timbang naek 4 kg, mane tak nye, kerja balik malam, makan pon tengah malam... aishhhh biarla masa merubah segala....
JOM BLOG WALKING!!!!