Assalamualaikum & Salam 1
Malaysia
Lepas dari bantuan RM500, skang
ada plak Skim Amanah Rakyat..Asalnya tak faham sangat macam mana nak menyertai
SARA ni, kebetulan tadi kakak kat office ajak teman pergi tanya pasal SARA ni,
so skang nak kongsi dengan siapa yang belum tahu….
Pertama sekali nak ditekan kan, SARA
ini untuk orang yang dah berkahwin sahaja yang berpendapatan kasar antara
RM500-3000…Bagi yang menerima SARA ini perlulah membuka 2 akaun,
iaitu (i) Akaun Maybank {sekiranya anda
membuat permohonan di Maybank} dan (ii) Akaun 1 Malaysia….
(i)AKAUN MAYBANK
Setelah permohonan di luluskan,
RM5000 akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Tetapi duit tersebut hanya boleh
dikeluarkan selepas 5 tahun. Pembayaran balik sepanjang 5 tahun adalah RM84
sebulan..
(ii)AKAUN 1 MALAYSIA
Bantuan RM 134 akan dimasukkan
setiap bulan dalam akaun 1 Malaysia sehingga tempoh 5 tahun iaitu sehingga duit
pinjaman RM 5000 dikeluarkan.
Kesimpulannya, bila ditolak di
tambah, tak yah susah-susah fikir macam mana nak bayar setiap bulan. Guna je
duit RM 134 yang diberi dalam Akaun 1 Malaysia untuk bayar pinjaman Maybank RM84, maka
lebih lagi si disitu RM 50 untuk dibuat belanja…
TAPI INGAT, “PERMOHONAN AWAL
DIDAHULUKAN”… 50% Bumiputra, 30% Cina, 15% India, 5% Lain-lain…So Sape cepat
die dapat……